January 14, 2011

NASKAH MAMA...

Hari ini sama seperti hari-hari semalam..Mama masih terbaring kaku.Cuma kadang                                             terdengar sayup2 alunan zikrullah bersilih ganti dengan deruan nafas mama..Wajah
pucat mama,ku pandang sepi.Mama cuba mengukir senyunman tatkala pandangan
mata kami bertaut.Namun senyumannya tidak seceria dulu.Aku tahu mama sedang
berlawan dengan kesakitannya.Penyakit barah yg ditanggung sudah sampai tahap
akhir.Kata doktor segalanya sudah tersurat.Kami hanya mampu berdoa,berdoa,dan berdoa.

Sejak mama sakit kuat cuma aku yg berada di sisi mama...Itu permintaan mama.Walaupun
along dan angah menawarkan diri untuk menjaga mama,tetapi mama menolak...Mungkin mama
tak mahu membebankan mereka kerana mereka sendiri terikat dengan urusan kerja.Aku pulak
sedang menunggu keputusan spm dan aku tidak terikat dengan mana2 urusan.Jadi tanggunjawab
aku hanya pada mama...Sejujurnya aku kagum dengan mama.Mama tak pernah mengeluh
walaupun mama menghidap penyakit yang bagi aku tiada penyembuhnya.Mama juga tidak
seperti mak cik hanim,rakan sebilik mama di hospital yang akan menghentakkan kepalanya
pada meja apabila diserang rasa sakit.Sebaliknya mama akan berzikir berulang-ulang kali
sambil jari-jemarinya kejap menggengam tanganku.Aku tahu mama menanggung kesakitan
yang teramat sgt...Aku sebak melihat mama terpaksa menanggung kesakitan.Saat itu,kolam
airmataku mula peceh...

Pernah satu ketika mama memelukku sambil membisikkan sesuatu apabila mama melihat aku
menangis..."Amani xpatut menangis sayang..sebenarnya Allah uji kita sebab Allah sayangkan 
kita..Lebih berat dugaan yang kita hadapi,lebih banyak kasih sayang Allah kepada kita.
Allah sayang mama,sebab itu Allah uji mama...Allah kurniakan mama anak-anak yang hebat
dan sentiasa berada di sisi mama...InsyaAllah,mama dapat tempuhi ujian Allah ini...''


Mama mengeratkan lagi pelukannya..Buat entah ke berapa kalinya,air mataku tumpah di
mama.Aku sayangkan mama.Aku tak sanggup kehilangan mama!!!

Saban hari aku setia menemani mama...Aku jadi semakin akrab dengan mama..Aku kesal
kerana aku jarang berbual,bermesra dan bersama dengan mama sebelum ini.Aku anak yang
pentingkan diri sendiri...Aku kesal...Aku pernah merajuk berhari-hari dengan mama kerana teguran mama
sebelum ini...''mama xnak amani lalai dan tewas dengan bisikan nafsu duniawi...Amani adalah amanah ALLAH buat mama..jadi mama mahukan yang terbaik buat anak mama...Walaupun amani tak macam along,angah,achik dan adik,mama tetap sayangkan amani.tak ada apa2 yang boleh mengubah kasih sayang 
mama pada amani kerana mama sedar amani tidak boleh diwarisi...''Aku tersentak mendengar kata2 mama..

Memang benar,,Aku tak seperti adik beradik aku yang lain..Aku ta bertudung labuh seperti
angah dan adik..Aku juga melakarkan sejarah kerana menjadi satu-satunya anak mama  yang
memilih menyambung pelajaran bukan dari sekolah beraliran agama.Natijahnya,aku makin hanyut
dibuai kenikmatan duniawi..Namun,aku bersyukur sekarang kerana Allah bukakan pintu
hatiku untuk menerima hidayahNya...Tekadku cuma satu.aku ingin menjadi anak
perempuan mama yang solehah...Aku tak sanggup mengkhianati kasih sayang mama dengan membuka
mana2 pintu neraka buat mama..

''Ya Allah...ampunilah segala dosa serta khilafan daku ya Allah..teguhkanlah imanku agar hambaMu ini sentiasa terpimpin di jalan yg d redhaiMu...''


Hari demi hari mama semakin berjaya membentuk aku mengikut acuan islam...Kesihatan mama pula
semakin membimbangkan aku.Walaupun mama hanya mampu berbaring,mama tak pernah jadikan
semua itu alasan untuk berhenti beribadah kepada ALLAH.Tatkala sakit mama menyerang,mama
tetap setia dengan alunan zikrullah...Mama benar-benar mengabdikan diri pada Dia Yang Maha Esa.
Aku insaf melihat kesungguhan mama beribadah kepadaNya..Aku insaf!!!!

Seperti biasa,menjelang hujung minggu along dan angah akan pulang ke kamppung untuk melawat mama.
Adik yang demam turut berada di rumah..Cuma achik yang tak dapat pulang kerana sedang menduduki
peperiksaan di universiti.Selepas makan malam,aku menjenguk mama di bilik.Wajah mama tampak
berseri-seri.Aku cukup gembira dengan perubahan kesihatan mama...Selang beberapa minit kemudian,
angah jeluar dari bilik mama sambil membawa satu bungkusan.Kemudian angah cepat-cepat masuk ke
dalam biliknya..Waktu itu aku lihat wajah angan suram dan matanya berkaca...Aku keliru..Adakah angah
menangis,tapi mengapa??

Malam itu,tepat pukul 2.30 pagi aku terjaga kerana dikejutkan dengan helaan nafas mama.Secepat
kilat aku membuka lampu dan mengejutkan semua.Kemudian,aku menghampiri mama.Aku belai wajah
cengkung mama sambil memanggil mama.Namun panggilanku sepi tanpa suara...Aku pegang kaki mama.
sejuk....Aku semakin kalut...Adakah masa mama sudah tiba??Aku memegang tangan mama sambil
hatiku berdoa berkali-kali..

''Ya Allah...Aku sayangkan mama...Aku masih perlukan mama di samping aku...Aku tak sanggup 
kehilangan mama..Ya Tuhan..izinkanlah mama untuk terus bernafas di bumiMu ini...''


Aku lihat along berulang kali membisikkan kalimah syahadah di telinga mama.angah dan adik pula
mengongoi-mengongoi memanggil mama...Namun mama tida menunjukkan sebarang reaksi...
MasyaAllah....

Aku dapat rasaan genggaman tangan mama tidak lagi bergerak sejak tadi...Jantungku berdegup kencang!!
Akhirnya nafas mama berhenti sevara tiba2..Mama pergi menemui PenciptaNya...Serentak dengan itu
along memeluk aku,angah dan adik sambil membisikkan kata2 semangat...''Adik-adik along mesti
kuat semangat..Kita mesti redha dengan pemergian mama..Setiap yang hidup pasti akan mati..Kalau
kita sayangkan mama...tingkatkan amalan kita...insyaAllah...kita akan bertemu dengan mama di
syurga kelak..''


Saat itu,aku seolah-olah terapung di angkasa..Aku hanyut dibuai perasaan sedih,pilu dan terseksa.
sedar-sedar,aku berada dalam pelukan along tanpa setitik air mata...Usai urusan pengkebumian
mama,aku berbaring di atas katil mama...Aku pejamkan mata dan mula membayangkan mama
memelekku seperti biasa..Waktu itu,air mataku mula mengalir deras,,Aku rindukan mama..
Aku rindukan segala-galanya tentang mama...

Tiba-tiba angah muncul lalu menghulurkan bungkusan yang aku lihat semalam...Rupa-rupanya senaskah
Al-Quran...Melihat aku terpinga-pinga...angah mula bersuara...''Semalam..waktu angah berbual dengan 
mama,banyak yang mama pesan pada angah...Mama seolah-olah sedar masa mama sudah hampir.Mama 
suruh angah berikab quran ini pada amani sebagai panduan untuk amani meneruskan hidup ini..
Sebenarny,mama pilih amani menemani mama sebab mama nak didik amani agar sedar dari mimpi-
mimpi indah dunia ini...Alhamdulillah,angah bangga dengan amani..Nampaknya..mama berjaya
mendidik amani.."


Angah terus memelukku.Kami menangis bersama-sama..Namun jauh di sudut hatiku,tertanam
satu azam.Aku takkan mengsia-siakan pengorbanan mama,,,,Akhirnya..aku semakin dekat dengan
Dia Yang Maha Esa...Buat pertama kalinya,aku ikhlas mengikut jejak langkah angah dan adik
dengan mengenakan jubah dan bertudung labuh..Aku semakin tenang dengan perubbahan ini...
Alhamdulillah...semuanya berkat kesungguhan mama...Aku temui hidayahNya kerana mama..
Sesungguhnya aku bangga kerana dilahirkan oleh seorang wanita seperti mama....

                      Terima kasih mama.....