January 7, 2017

4years Ago

There was a memory back to 4years ago

I know I shouldn't write about him anymore but tonight
I just miss the moment at that place. I hope I can share with my blog.
Forgetting isn't enought, You can paddle away from the memories and think they are gone.
But they will keep floating back, again and again and again. They circle you like shark.
I just wanna throwback our memory 4years ago.

Hmm 😌
Tak salah kan kita ingat kenangan lalu?
And that's what i feel now!
But I didnt miss him, I miss the moment.
Petang tadi pergi ambik Ayu dekat airport sebab dia baru balik.
And bila datang depan ni automatik saya teringat kenangan 4tahun lepas.
Yes masa form3 , dah lama kan ? Sekarang dah umur 20tahun dahh.
Even benda tu dah 4tahun dulu, tapi sikit pun tak pernah lupa.
And setiap kenangan tu kita takkan boleh lupa.

Dulu masa akhir tahun 2012, kira 4tahun lebih laa kan.
Masa tu pergi kuantan sebab tengah cuti PMR masa tu,
lama jugak pergi sana sebab dah cuti kan takde mende nak buat.
Bulan-bulan jugak sampai beberapa hari lagi nak bukak sekolah baru balik.
And masa tu balik kelantan dengan flight, sampai je kat airport..
Dia tunggu depan tu, tapi tak datang dekat sebab ada family.
Tapi kira okay la lepas bulan2 tak jumpa malam tu baru jumpa.

Sedar tak sedar benda tu dah 4tahun dah berlalu kan.
Cepatnyaa masa berjalan hmm.
6years and I appreciate what u have done for us.
Masa mula2 tu memang susah, but time heals everything.
Dah 3tahun and alhamdulillah for it.

Orang tanya, sakit apa yang paling sakit.
First aku jawab sakit gigi,
Sec aku jawab sakit kepala sebab migrain.
Betul tapi sakit jenis tu, semua orang dah lali.
Bagi aku, sakit yang terpaling bengkak ialah kehilangan.
Tengok orang yang kau sayang dari jauh, iu sakit.
Tengok orang yang kau sayang tapi kau tahu dia bukan lagi milik kau.
Tu paling sakit.
Melihat orang yang kau sayang tapi kau tak mampu menegurnya lagi,
Tu maha sakit.

Melupakan semua kenangan manis bersama, itu bukan mudah.
Kerana hati tu jenisnya mengingat.
Sekali manusia usik hati kau dan buat dia tersenyum
dia akan ingat mungkin untuk selamanya.
Sebab itu agama suruh jaga hati.
Kerana semuanya bermula dari hati.

Bukan mudah, tahan tangan untuk capai telefon dan tanya khabar seperti biasa
Bukan mudah, tahan fikiran kau ingat manusia yang buat kau tersenyum
Bukan mudah, tahan tangai untuk capai mouse dan lihat perkembangan dia.
Bukan mudah.


Tapi hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.
Alhamdulillah I did it
Back to Allah. He's the best medicine.
Setiap yang menyakitkan kita harini, akan buat kita kuat untuk masa akan datang.
Setiap orang yang hadir dalam hidup itu ujian.
Dan setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.
Harini dah tak selemah 3tahun yang lalu.
Bila kita redha, InsyaAllah kita akan bahagia.

Cukuplah dengan ada family, sahabat dan orang sekeliling tu dah cukup untuk bahagia.
Terima kasih sebab pergi 😊

January 4, 2017

Trip Rumah Anak Yatim RAYSA

Assalamualaikum.. 
Ni entry yang kedua untuk tahun ni kan. So malam ni saya nak entry tentang anak yatim. Patutnya dah lewat dahni tapi sebab tak mengantuk lagi sambil2 teman mama sebab mama demam. So kita entry jap lepastu baru tido lah ehh. Okay sambung balik. Anak yatim kan, act ada jugak simpan cita2 nak bukak rumah untuk anak-anak yatim satu hari nanti. Tapi tak pasti sama ada rumah anak yatim or rumah kebajikan orang tua. Sebab nyaaa i love them very much. InsyaAllah ada rezeki boleh lah bukak. Bila kita cakap dengan diorang, kita ada sekeliling diorang i've learn something from them. Tentang kehidupan, bersyukur, sabar. That's why bila paperwork untuk pergi melawat rumah anak yatim sambil tu bagi sumbangan baju dari pelajar KPTMKB, Ya Allah happy tuu emm happy lah. 

Kami pergi ke rumah anak yatim RAYSA yang dekat pengkalan chepa, adik-adik kat situ semua perempuan, paling besar rasanya 23tahun tak silap. Adik-adik kat sana comel sangat, masa kitorang sampai tu diorang sambut sampai depan pintu van kot haha. Masa sampai sana tu dah salam semua diorang duduk sebab Umi *penjaga* nak cakap. Bila ada kat sana, saya tengok adik-adik kat sana semua ceria, senyum, gelak ketawa. Langsung takde riak sedih even mereka ni anak-anak yatim piatu, dalam hati ni Ya Allah kuatnyaa diorang ni hadapi ujian ni sedangkan tu lah kehilangan paling berat bagi seorang anak. Adik-adik ni kecik lagi dan perlukan kasih sayang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Sebab mereka semua ni kuat sebab tu Allah uji mereka. Kalau saya, saya rasa memang tak sanggup nak hadapi ujian seberat tu. Masa tu rasa bersyukur sebab still lagi ada parents. Alhamdulillah, semoga Allah panjangkan umur ibu bapa kita. 

Betul la orang cakap, kalau nak belajar bersyukur jangan tengok apa yang orang lain ada lebih dari kita. Tapi tengok apa yang orang lain takde tapi kita ada. Sebab manusia ni takkan pernah puas. Seharian kat RAYSA rasa tenang, semua masalah hilang sebab yang ada kat sana senyuman, gelak ketawa. Kat sana ada yang manja sangat, mana-mana akak yang diorang berkenan, melekat je sampai balik haha lucu lah, ada yang pendiam duduk sorang-sorang, but ada sorang adik ni dia istimewa sikit dari kanak-kanak lain. So saya rasa berminat nak cakap dengan dia, pergi lah duduk tepi dia lepastu tanya umur dia. Adik ni kecik je padahal umur dah 17tahun jhaha terkejut pun ada tak percaya pun ada tapi dia malu-malu lah sikit bila ajak selfie laju je hahha terhibur betul 

So kitorang datang sana pagi tu, kitorang buat aktiviti dengan senaman, lepastu sukaneka untuk adik-adik ni bagi diorang happening sikit kan haaaa happy kemain je dorang ni, jap lagi saya letak gambar diorang. Lepas buat sukaneka naik bilik dorang buat gotong royong kemas dorm masing-masing, lepastu bagi hadiah kat adik-adik yang menang permainan tadi. Bila dah nak balik tu, serious sedih sangat, sedih tengok diorang taknak lepas tangan taknak bagi kitorang balik :'( Akak pun taknak balik dik hmm. InsyaAllah ada rezeki lebih nak buat kek teddy bear ke princess ke nak bawak kat sana mesti diorang suka haahha. Dalam hidup ni, kita akan rasa happy bila kita buat orang sekeliling kita tersenyum. 

Semoga adik-adik kat RAYSA sentiasa sihat, happy selalu and dimurahkan rezeki. InsyaAllah ada rezeki boleh la pergi melawat diorang and insyaAllah aku nak buat paperwork untuk pergi ke rumah kebajikan pulak harap2 lulus lah huhu. So bila kita rasa kita down sangat dengan ujian yang Allah bagi, ingatlah, ada orang yang lagi berat ujiannya dari kita, Allah uji kita bukan bermakna Dia kejam, ujian Allah tanda cintaNya pada hambaNya. Bila rasa nak jatuh, berdoalah. Allah sentiasa dengan orang yang sabar. Act ni nasihat untuk diri sendiri sebenarnya haha kadang2 kita ni nasihat orang laju je tapi bila sampai turn kita, kita paling lemah sekali. 

Okay sini jelahh, sekarang tengah tunggu masa nak balik kolej je, tinggal berapa hari lagi lepasni blog ni dah sunyi lahh kan.. nasib la blog. Nah saya belanja gambar adik-adik RAYSA sikit.. 

masa baru sampai RAYSA
senaman yang ni best yang part penguin tu 
Happy je dorang menari sekali dengan akak2 kat depan tu 


majoriti semua kecik2 lagi 
Masa ni tengah buat sukaneka untuk diorang haaa senget sampai tudung tu haha


haaa permainan yang ni best haha sebab tiup belon sampai pecah 



semangat betul diorang ni main isi air dalam botol 



Ipan badak pun nak joget jugak hahahah


kat RAYSA diorang ni ada tanam sayur, macam2 sayur dorang tanam 


Lepas main semua tu buat gotong royong pulak

Yang ni happening sikit ni untuk adik-adik yang umur 12tahun 


Adik ni kemain susah nak ambik gambar dia pendiam pulak tu haha nasib baik comel


Adik ni pulak terlebih mesra banyak cakap siap nyanyi lagu sudah ku tahu tu


Haaa yang ni la adik yang istimewa tu haha dia malu dengan zul sebenarnya tu haha 


Rindu pulak kat adik ni, nampak je kecik tapi dah 17tahun 


Menggamit suatu kenangan yang pasti dirindui huhu masa ni dah nak balik dah 

part paling sedih yang ni olie pulak nyanyi lagu sedih 



payung sikit haha 


ololo rindu baulu haha

MPA&Crew yang join lawatan ke RAYSA


January 1, 2017

Hye 2017


Assalamualaikum Januari >.< 
Hai 2017 😊
Haaaa dah masuk new year dah ye blog sayangggg ... 
Kejap je masa kan, seingat aku lahh aku start main blog ni 
emm masa tu tak silap form1 haaa form1 kauu hahaha expert dahhh. 
Tapi sebab takde masa selalu busy, laptop rosak, plus patah hati haha tu tak entry lama tu

Tapi sokay la past is past kann? 
Taknak sedih sedih dahhh. Dah semakin tua ni kena banyak happy 
biar nampak semakin mudaaa. 
Muda punn muda tapi semakin lama semakin dekat kita dengan 
KEMATIAN 😌
Semoga orang orang yang aku sayang dipanjangkan umur
and for crush yang kat Mesir tu, 
Semoga awak sentiasa sihat, kuat untuk habiskan ur study.. 
Semoga panjang umur dan selamat balik Malaysia. 

Hahaha sape lah agaknyaa 🙈
Takde sape sape lahh, saja je tuh propa lebih huhu..
Rileks dulu taknak lagi buat masa ni, ada jodoh ada lah kann. 
Panjang pulak entry nih haha bialahh bukan selalu ,
dah start sem ni haa tengoklah berhabuk lah blog aku ni, 
tengok2 tahun depan pulak baru bukak hahaha nasib la kau blog lahaii

Okayy sedar tak sedar aku dah pun masuk 
haaa masuk umur berapa???
20 lahh awok ehhh 😩
Sekejap je masa kennn, hmmm ape lah akan jadi tahun ni 
Bila dah masuk tahun baru ni ofkos laa azam tahun ni 
nak capai azam yang lepas yang tak tercapai tu hahaha
Entry tahun ni taknak tulis dah azam baru haha sebab entry azam 2016 pun tak tercapai
hmm sadiss betul haha tapi bukan semua laa, 

But Alhamdulillah, tahun ni ehh silap tahun lepas, 
Sem2 and Sem3 straight aku dekan hiksss... 
ofkos happy, happy sangattt. 

Sebab ? ada beberapa sebab. 
1. Bila aku cakap kat parents yang pointer aku dekan sem ni, aku nampak muka diorang tu happy sangat.. "adik boleh la naik pentas terima anugerah dekan nanti" 
Anak mana yang taknak tengok mak ayah dia bangga tengok anak dia, kann?
Apa yang aku buat sekarang ni bukan sebab nak kejar pointer sangat, tapi sebab dulu aku dah pernah buat diorang kecewa, aku ingat sampai sekarang macam mana kecewaa mereka masa tu. 
So, aku harap diploma ni aku dapat bagi balik bahagiaa diorang tu, lagi lagi aku ni sorang je perempuan, bongsu pulak tuuu. Okayy tu yang first !
2. Aku happy sebab course ni aku tak minat and terpaksa, terpaksa tolak account kat perak tu and stay sini sebab tak sanggup jauh dari diorang sebab sekarang ni pun ayah tak berapa sihat. Tapi dalam tak minat alhamdulillah still lagi boleh pickup. Yang penting niat kerana Allah, for my parents :)

To 2016,
Thanks for everything.
Thanks kepada yang pernah datang dan pergi,
yang always support setiap kali aku jatuh,
for everyone i met in 2016, thankssss
2016 bagi banyak pengalaman, kenangan yang takkan boleh lupa,
Yang buruk tu ambik sebagai pengajaran, yang baik jadikan kenangan.

And for this new year, 
❤️ aku harap aku dapat jadi seorang yang lebih baik diri tahun sebelumnyaa
❤️dapat habiskan diploma dengan jayanyaa haha skema ayat, ayat cikgu kann 
❤️jadi anak yang solehah and taat perintah ibu bapa 
❤️hamba yang taat kepadaNya 
❤️kurus tu perlu okay hahah

Tu je kott hmmm.. 
Jodoh? hahaha jodoh tu biarlah dulu.. 
Even dah 3tahun single, 
dia pun dah bahagia dengan kawan baik aku sendiri. 
Alhamdulillah... 
And for me, aku taknak berharap dengan sape2 pun, 
Kalau nak pun belum tentu dapat because 'loved and loving u' 
Maybe dia ada someone kannn
Tapi paling aku suka tengok dia dengan adik dgn kakak diaa.. 
Kalau ada jodoh alhamdulillah.. 
HAPPY NEW YEAR 2K17 🎉