January 4, 2017

Trip Rumah Anak Yatim RAYSA

Assalamualaikum.. 
Ni entry yang kedua untuk tahun ni kan. So malam ni saya nak entry tentang anak yatim. Patutnya dah lewat dahni tapi sebab tak mengantuk lagi sambil2 teman mama sebab mama demam. So kita entry jap lepastu baru tido lah ehh. Okay sambung balik. Anak yatim kan, act ada jugak simpan cita2 nak bukak rumah untuk anak-anak yatim satu hari nanti. Tapi tak pasti sama ada rumah anak yatim or rumah kebajikan orang tua. Sebab nyaaa i love them very much. InsyaAllah ada rezeki boleh lah bukak. Bila kita cakap dengan diorang, kita ada sekeliling diorang i've learn something from them. Tentang kehidupan, bersyukur, sabar. That's why bila paperwork untuk pergi melawat rumah anak yatim sambil tu bagi sumbangan baju dari pelajar KPTMKB, Ya Allah happy tuu emm happy lah. 

Kami pergi ke rumah anak yatim RAYSA yang dekat pengkalan chepa, adik-adik kat situ semua perempuan, paling besar rasanya 23tahun tak silap. Adik-adik kat sana comel sangat, masa kitorang sampai tu diorang sambut sampai depan pintu van kot haha. Masa sampai sana tu dah salam semua diorang duduk sebab Umi *penjaga* nak cakap. Bila ada kat sana, saya tengok adik-adik kat sana semua ceria, senyum, gelak ketawa. Langsung takde riak sedih even mereka ni anak-anak yatim piatu, dalam hati ni Ya Allah kuatnyaa diorang ni hadapi ujian ni sedangkan tu lah kehilangan paling berat bagi seorang anak. Adik-adik ni kecik lagi dan perlukan kasih sayang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Sebab mereka semua ni kuat sebab tu Allah uji mereka. Kalau saya, saya rasa memang tak sanggup nak hadapi ujian seberat tu. Masa tu rasa bersyukur sebab still lagi ada parents. Alhamdulillah, semoga Allah panjangkan umur ibu bapa kita. 

Betul la orang cakap, kalau nak belajar bersyukur jangan tengok apa yang orang lain ada lebih dari kita. Tapi tengok apa yang orang lain takde tapi kita ada. Sebab manusia ni takkan pernah puas. Seharian kat RAYSA rasa tenang, semua masalah hilang sebab yang ada kat sana senyuman, gelak ketawa. Kat sana ada yang manja sangat, mana-mana akak yang diorang berkenan, melekat je sampai balik haha lucu lah, ada yang pendiam duduk sorang-sorang, but ada sorang adik ni dia istimewa sikit dari kanak-kanak lain. So saya rasa berminat nak cakap dengan dia, pergi lah duduk tepi dia lepastu tanya umur dia. Adik ni kecik je padahal umur dah 17tahun jhaha terkejut pun ada tak percaya pun ada tapi dia malu-malu lah sikit bila ajak selfie laju je hahha terhibur betul 

So kitorang datang sana pagi tu, kitorang buat aktiviti dengan senaman, lepastu sukaneka untuk adik-adik ni bagi diorang happening sikit kan haaaa happy kemain je dorang ni, jap lagi saya letak gambar diorang. Lepas buat sukaneka naik bilik dorang buat gotong royong kemas dorm masing-masing, lepastu bagi hadiah kat adik-adik yang menang permainan tadi. Bila dah nak balik tu, serious sedih sangat, sedih tengok diorang taknak lepas tangan taknak bagi kitorang balik :'( Akak pun taknak balik dik hmm. InsyaAllah ada rezeki lebih nak buat kek teddy bear ke princess ke nak bawak kat sana mesti diorang suka haahha. Dalam hidup ni, kita akan rasa happy bila kita buat orang sekeliling kita tersenyum. 

Semoga adik-adik kat RAYSA sentiasa sihat, happy selalu and dimurahkan rezeki. InsyaAllah ada rezeki boleh la pergi melawat diorang and insyaAllah aku nak buat paperwork untuk pergi ke rumah kebajikan pulak harap2 lulus lah huhu. So bila kita rasa kita down sangat dengan ujian yang Allah bagi, ingatlah, ada orang yang lagi berat ujiannya dari kita, Allah uji kita bukan bermakna Dia kejam, ujian Allah tanda cintaNya pada hambaNya. Bila rasa nak jatuh, berdoalah. Allah sentiasa dengan orang yang sabar. Act ni nasihat untuk diri sendiri sebenarnya haha kadang2 kita ni nasihat orang laju je tapi bila sampai turn kita, kita paling lemah sekali. 

Okay sini jelahh, sekarang tengah tunggu masa nak balik kolej je, tinggal berapa hari lagi lepasni blog ni dah sunyi lahh kan.. nasib la blog. Nah saya belanja gambar adik-adik RAYSA sikit.. 

masa baru sampai RAYSA
senaman yang ni best yang part penguin tu 
Happy je dorang menari sekali dengan akak2 kat depan tu 


majoriti semua kecik2 lagi 
Masa ni tengah buat sukaneka untuk diorang haaa senget sampai tudung tu haha


haaa permainan yang ni best haha sebab tiup belon sampai pecah 



semangat betul diorang ni main isi air dalam botol 



Ipan badak pun nak joget jugak hahahah


kat RAYSA diorang ni ada tanam sayur, macam2 sayur dorang tanam 


Lepas main semua tu buat gotong royong pulak

Yang ni happening sikit ni untuk adik-adik yang umur 12tahun 


Adik ni kemain susah nak ambik gambar dia pendiam pulak tu haha nasib baik comel


Adik ni pulak terlebih mesra banyak cakap siap nyanyi lagu sudah ku tahu tu


Haaa yang ni la adik yang istimewa tu haha dia malu dengan zul sebenarnya tu haha 


Rindu pulak kat adik ni, nampak je kecik tapi dah 17tahun 


Menggamit suatu kenangan yang pasti dirindui huhu masa ni dah nak balik dah 

part paling sedih yang ni olie pulak nyanyi lagu sedih 



payung sikit haha 


ololo rindu baulu haha

MPA&Crew yang join lawatan ke RAYSA


No comments:

Post a Comment