December 31, 2016

Tempoh perkenalan tidak menjamin apa-apa.




Assalamualaikum LAST DISEMBER .. 
Entry aku malam ni takde kaitan dengan sesape pun sebenarnyaa. 
Cuma tadi ada terbaca entry berkait dengan entry aku malam ni. 
Tempoh perkenalan tak menjamin pape pun and aku pernah laluinyaa.
Apa yang aku tulis ni sikit sebanyak aku share apa yang pernah aku rasa, 
apa yang aku baca. haha malam ni mood swing sikit lahai.. 
Entry macam ni konfem dah nak habis tahun nak masuk awal tahun, 
Entry sebelum ni pun macam tu jugak haha tak paham jugak aku. 

Hmmmm, kau yakin dia betul-betul sayang kau? 
Kau yakin dia orang yang Allah dah takdirkan untuk kau?
Kau yakin hati dia takkan berubah? 

Yessss, aku yakin dia sayang aku, betul-betul sayang aku sama macam aku sayang dia..
Dah bertahun aku dengan dia, aku dah lama kenal dia, 
aku faham dia, aku tahu baik buruk dia.. 
Dia seseorang yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku. 
Dia takkan tinggal aku, dia dah janji.. 

Tapi kita selalu lupa, yang setiap perkenalan tu mesti akan ada perpisahan. 
Bila Allah pilih kita untuk Dia bagi ujian, 
kita jatuh sampai satu tahap tak mampu nak berdiri dahh !
Hilang harapan, putus asa, hilang arah.. 
I know mesti ada yang pernah rasa semua ni kan? 
Seolah rasa tu lah penamat hidup u. 

Kita ni tak pernah nak bersyukur, 
Allah baru uji sekali je, kita cakap "aku tak pernah bahagia"
Sesekali kita menagis, kita cakap " aku jarang ketawa"
Sekali kita kecewa, kita cakap "aku tak pernah berjaya"
Banyaknyaa nikmat Allah yang kita lupakan tapi 
bila sekali Allah jentik kita dengan ujian kita dah persoalkan. 
Di mana syukur kita?
Sedangkan ujian tu juga salah satu rahmat dan tanda Allah sayang kita. 
Kenapa??

Bagi aku la, sebelum ni aku tak pernah fikir macam ni, 
tapi bila dah lama-lama aku fikir balik apa yang pernah jadi dulu.
Aku bandingkan dulu dengan sekarang. 
Yes memang dulu aku pun macam kat atas tu, aku rasa benci sangat. 
Tapi bila aku fikir balik sekarang, aku tak pernah rasa menyesal sikit pun 
apa yang pernah jadi dulu malah lagi bersyukur adalahh. 
Rupanya ada hikmah yang Allah nak tunjuk. Aku merancang tapi Allah juga merancang
He knows the best for me. I believe that. 

Selepas setahun lebih macam tu, i wake up. 
Sejak dari tu aku cuba cari apa sebenar sebalik semua ni. 
Alhamdulillah sekarang no more pain macam setahun lebih dulu. 
walaupun kadang2 teringat balik tapi normal lah tu kan hmm. 
Sejak dari tu, semua benda yang jadi sama ada buruk or baik, aku cuba tak cepat melatah. 
Sebab aku dah mindset 
"Setiap ujian dan nikmat yang Allah bagi tu mesti ada sesuatu, tak sekarang, nanti."
Everything happened must be a silver things. 

Panjang pulakk aishh , okayy sambung balik , Kenapa?? 
Kerana kita letakkan keyakin yang terlalu tinggi pada seorang manusia.
Hampir 100% ahhahaha 
Kita yakin dia takkan tinggal kita. 
Kita yang dengan tempoh perkenalan yang dah bertahun tu, 
kita dah betul2 kenal siapa diri dia.  kita yakin dia akan jadi milik kita. 

TAPI HAKIKAT SEBENAR KITA TERLUPA ADA YANG LEBIH BERKUASA .

Kita lupa kita hanya mampu merancang, 
sehebat mana perancangan kita sebagai manusia,
Jangan lupa bahawa perancangan Allah tu lebih hebat dari sega-galanya.
Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa. Takkan jamin dia kekal milik kita
Takkan menjamin dia adalah jodoh kita. Trust me, Dalam tempoh hubungan tu, 
terlalu banyak pembohongan. 
Tapi kerana cinta kita buta, buta mata buta hati. 

Kita paksa hati kita untuk nampak semuanya kekal indah, 
kita pertahankan sesuatu hubungan hanya kerana satu perasaan.
Perasaan sayang untuk melepaskan sebab dah lama bersama. 
Kita rasa takut nak mulakan hidup baru tanpa dia.. 

Tapi betul ke kita tengah bahagia?
Betul ke kalau pertahankan hubungan ni bertahun tahun ending dia confirm indah?
Yang dah kawin, share happiness puluh2 tahun pun bercerai 
ni pulak yang bergantung dengan janji palsu yang tak pasti lagi.. 
tanpa ikatan.

Selagi kita tak kahwin dengan dia, tak tidur sebantal sekatil, 
kita takkan kenal diri dia yang sebenar. 
And apa yang aku tulis ni saja je, sebab tengah bosan. 
Tetiba terbukak akuislam. 
Nampak entry ni rasa nak menulis pulakk. 

But at the same time, tu nasihat untuk diri sendiri jugak
Normal la dalam hidup ni ada jatuh, bangun, sedih, gembira, kecewa.
Tapi bila kau jatuh, kau nangis lah puas-puas sampai kau dah rasa bosan 
Baru kau bangun dan jadi diri kau yang baru. 
Sebab Allah dah rancang yang terbaik untuk diri kita di depan hari. 

Kita boleh singgah dalam kenangan tu, tapi jangan hidup dalam kenangan. 
Ada masa kita rindu, rindu kenangan. 
Tapi tu tak bermakna kita boleh terima dia dalam hati kita. 
Ada yang lebih baik, jadikan masa lalu tu pengajaran untuk kau kuat 
untuk masa akan datang.
Stand strong, somestimes u have to experience a low point in life to learn a good lesson u couldnt have learned any other way.

Sepanjang 2016 ni alhamdulillah takde lagi benda yang berkait dengan perasaan yang buat hati ni sakit macam dulu hahaha kalau ada pun rasa kosong dahh. 
And alhamdulillah untuk life yang sekarang ni walapun single masih bahagia hahahah
Alhamdulillah dekan lagi untuk sem ni and semoga still dekan sampai convo ! 
And thanks to akuislam sebab bagi idea untuk entry ni :) 

Semoga tahun 2017 lebih baik dari tahun sebelum ni, 
 dapat bahagiakan mak ayah dengan kejayaan aku. 
 dapat sambung degree kaunseling nanti. 
 jadi anak yang solehah 
 bussiness kek semakin maju 
 jalankan tanggungjawab dengan baik 
 stay deanlist 


Image result for bye 2016






The End semester 3 - MPA

Hai December hahaha wahh lama dah tak bukak blog and sekarang baru boleh bukak. Nak buka dah lama act tapi banyak kekangan ni pun nasib baik tengah cuti sem tapi dah berapa minggu kat rumah baru boleh bukak sebabnyaa sibuk ambik order buat kek sekarang. Haaa entry this time is BYE SEMESTER 3 hukhuk ! why bye sem3 ?
hmm sebab dah habis sem3 tapi banyak sebenarnyaaa nak cerita, 
banyak benda yang jadi sepanjang sem3, benda baru, kawan baru, pengalaman baru, pakwe baru eh ! haha takde pakwe baru laaa. single available lagii hmmm. 


                                                                 MPA'S FAMILY <


                  
Antara hero Top8 dalam MPA auchh (aidil, safuan, shaz, abon)
                                 


Abon dgn Shaz dah last sem dah jadi dorang dah takde dalam mpa :')
                                     

Okay! First kita cerita pasal kolej. EH salah, 
first aku nak cakap entry ni panjang jadi sabar ea awak2 semua hihi haa sambung balik. 
Hmm pasal MPA. Haaa mesti tak pernah dengar MPA tu amendeee laaa MPA tu. 
Okay meh nak cerita sikit. MPA ni MAJLIS PERWAKILAN ASRAMA. 
Dia nak sama je macam MPP tapi diorang ni urus hal kolej. 
MPA ni urus segala benda yang berkaitan dengan asrama je and
 cuma ada kat KPTMKB jeee huhu sebab tu tak ramai kenal.
 Haaa nak dijadikan cerita laaa kan... 
suatu hari tu aku pergi HEP nak tanya hal bilik dengan warden (Puan Sha), 
lepastu Puan tetiba tanyaa "anis, awak nak tak kalau saya ambik awak jadi recruit mpa" 
hahaha aku ni apelagi, amende recruit ni taktahu pulakk ape benda tapi pernah la dengar.
 Lepastu aku haaa kan jelah setuju jelah ingat kan takde buat pape pun.


first program lepas jadi recruit

Lepastu aku ajak laa roommate aku semua join tapi dorang taknak 
sebab dorang ni pemalu sikit and tak suka sangat bergaul hmmm. 
Aku pun ajak laaa budak kelas aku join recruit. 
Lepastu kena panggil meeting hahaha haaa meeting? amboih sampai meeting bagai 
hahah so kitorang pergi la meeting. 
Dalam meeting tu president mpa (Safuan) bagitahu laa sedikit sebanyak pasal recruit dan mpa ni. Ohhh baru paham,
 recruit ni orang bawah yang baru nak dilatih sebelum naik jadi mpa.
 hahaha okay then follow the flow je sebab nakkan sijil je sebenarnyaa tak fikir pape pun 
and nak cuba sibukkan diri jugak. 

haaa masa ni best sebab bbq tepi pantai MPA & recruit kat pantai kemayan 




bila dah habis diploma ofkos konfem akan rindu kenangan ni 


Aku jadi recruit ni masa nak abis sem2 tak silap aku lahh haha 
lepastu masa tengah cuti sem ada program kat asrama, 
program berbuka puasa sepanjang bulan puasa so kena masak sendiri. 
Haaa disebabkan kat rumah tu mereput aku pun join laaa. 
Program ni bawah mpa so mpa la yang masak semua.
 Pagi aku datang pegi beli barang dengan Puan tengahari tu dah start masakk,
 sebulan tu straight aku pegi ulang alik ke kolej sebab rumah dekat je kan. 
Dekat nak berbuka aku balik lahh hahha. 
Penat beb tapi best sebab petang tu boleh pegi bazar ramadhan dengan dorang 
haha dapat kenal rapat dengan mpa nursing sebab dorang ni selalu takde 
sebab dorang selalu keluar posting. 
 
gotong royong masak untuk majlis buka puasa dengan abang and hakak nursing


Masa bulan puasa baru start rapat dengan dorang ni petang2 lepas siap masak aku bawak pergi bazar




Puan Sha dengan ustaz belanja colek ahaha 

MPA jugak urus pendaftaran pelajar lama and baru yang masuk kolej, urus bahagian asrama. 
Serious this is my first pengalaman handle semua ni 
and aku kena bahagian bagi bilik kat student yang daftar. 
Kalau yang datang sikit takpe, part yang datang sekaligus serbu tu mak aihh pening deng. 
Kalau tersalah bagi bilik ke ape ke habis laa 
pernah haritu sekali kecoh salah letak nama budak tu kat bilik 
siap kena marah dengan parents lagi 
tapi takpe semua tu kenangan right? 
Best tapi letih laaa huhu. 
Pendaftaran pulak 3hari berturut turut mak aii patah pinggang deng 
orang lain duk cuti kat rumah lagi kita pulak kena datang kolej awal 
urus penaftaran tapi takpe kita buat sama2 kann 
so dapat rapatkan lagi hubungan sesama MPA 
cewahh skema nya ayat.





Hari pendaftaran student baru dan lama


Lepastu sampai la bukak sem3, 
masa tu nak buat pemilihan ahli baru, yang recruit naik mpa, mpa naik top8 pun adee 
haha so masa tu tak bukak sem lagi aku pergi la kolej 
sebab nak ambik kunci bilik lepastu Kak elaa bagitahu yang dorang pilih aku untuk jadi mpa 
hahahah wehhh terkejut 
sebab kejap sangat padahal baru 2bulan aku jadi recruit 
haha masa tu rasa hmmm rasa macam ada tanggungjawab nak kena pikul gulpp ! 
So balik bincang ng mama, last terima lahh tapi kena pandai ahh bahagikan masa dengan study, handle program, handle asrama. hmm satu cabaran tuh haha ! 




Akak payung sikit hiksss !

Bukak sem tu, buat perlantikan and aku dipilih sebagai exco pembangunan insaniah hahahah 
woooo ni satu lagi suprise hahah insaniah kot 
memang tak layak je rasa. 
Aduhlaaa dorang ni hmm terima lah jugak, 
kitorang punya program setiap minggu kena buat sembahyang maghrib isyak berjemaah 
lepastu kena jemput penceramah. 
Setiap bulan or tak kira lahh tiap kali meeting kena bentang kertas kerja kumpulan masing2 untuk buat program kat asrama. 
Hahaha first time belajar buat paperwork haha emmm alhamdulillah pengalaman. 
Tu tak termasuk lagi dengan program CSR tiap bulan dengan UPK (unit pendidikan kesihatan) dengan KKM (kementerian kesihatan malaysia). 




 Meet my exco team .. 

                                     


Alhamdulillah salah satu program yang berjaya


Setiap hujung bulan kitorang kena pergi program CSR. 
Pergi kat tempat pendalaman, pergi pulau, pondok agama, atas bukit 
hahah gilaa ah tiap bulan mesti kena pergi tempat yang takde line 
aduyaii sedihh hahah tapi yang best dapat jumpa benda baru dapat pengalaman baru haha. 
Mana pernah selama ni aku pergi jalan2, so grab peluang yang ada ni masa tengah belajar. 
Kan? yedak ? hahah. 
Nanti aku masukkan gambar csr yang kitorang pergi 
haha yang paling best naik bot pegi pulau
 lepastu kat atas bukit pergi kat air terjun yang memang betul2 pendalaman perghh ahahah. 
Haaa meh sini aku post gambar csr sebelum tu mintak ampun kalau gambar banyak -.- 



CSR di Pulau Beluru



CSR di Air Naga.


 Habis je program terus datang sini release tension



Yang ni best sebab pergi program sambil hiking



Sambil menyelam minum air lah kan haha


Haaaaa nampak best tak csr kitorang ? 
enjoy gituuu and sempoi je macam pergi bercuti pun adaa haaha 
tapi hakikatnya tu lah program. 
Pasal csr ni aku story mory dalam entry lain pulak ok? 
hmmm ape lagi ehh.. csr dah, haaa ni nak habaq cita mai satu lagi naaa haaa. 
Sepanjang aku terlibat dalam mpa ni kann hmm memang perlu banyak banyak kesabaran huwaaa haha memang kena betul2 sabar lebih dari mpp rasanya. 
Sebab mpa ni selalu kena kecam, kena marah, kena buuu kena itu kena ini. 
Kalau ada yang tak puas hati, rosak ke ape ke, mpa kena. 
Tu tak masuk lagi dengan kes histeria hampir setiap hari or minggu 
kitorang kena handle sampai tido pukul5 pagi 
esoknyaa ada kelas pukul8 lepastu 
sampai kelas angkat tangan letak atas meja then tido nikmat wooooo hahha. 
Memang rasa macam banyak korban masa tido pulak hahah 
tapi bila lagi kan nak ada pengalaman macam ni, 
time study ni lah kena cari pengalaman cukup cukup. 

                                            Harini kali ketiga dah tulis entry ni hahahha
 means entry ni dah lama aku tulis tapi sebab takda mood + busy buat kek so tak sempat. 
Tapi harini tetiba pulak ada mood 
hahah yelah kan sekarang kan asyik hujan so mood pun datang lah. 
And dah stop ambik order kek sebab dah nak bukak sem baru dah. 
Entry lepasni aku cerita semua yang aku alami sepanjang sem3 haha 
padahal dah habis dah cuti adoiii. 
Okay i think ni je kot pasal MPA ni pun dah panjang sangat 
                                   ntah korang baca ke tak tapi takpelah i just wanna share with my blog kesayangan ni haaa.  Lots of love