December 31, 2016

Tempoh perkenalan tidak menjamin apa-apa.




Assalamualaikum LAST DISEMBER .. 
Entry aku malam ni takde kaitan dengan sesape pun sebenarnyaa. 
Cuma tadi ada terbaca entry berkait dengan entry aku malam ni. 
Tempoh perkenalan tak menjamin pape pun and aku pernah laluinyaa.
Apa yang aku tulis ni sikit sebanyak aku share apa yang pernah aku rasa, 
apa yang aku baca. haha malam ni mood swing sikit lahai.. 
Entry macam ni konfem dah nak habis tahun nak masuk awal tahun, 
Entry sebelum ni pun macam tu jugak haha tak paham jugak aku. 

Hmmmm, kau yakin dia betul-betul sayang kau? 
Kau yakin dia orang yang Allah dah takdirkan untuk kau?
Kau yakin hati dia takkan berubah? 

Yessss, aku yakin dia sayang aku, betul-betul sayang aku sama macam aku sayang dia..
Dah bertahun aku dengan dia, aku dah lama kenal dia, 
aku faham dia, aku tahu baik buruk dia.. 
Dia seseorang yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku. 
Dia takkan tinggal aku, dia dah janji.. 

Tapi kita selalu lupa, yang setiap perkenalan tu mesti akan ada perpisahan. 
Bila Allah pilih kita untuk Dia bagi ujian, 
kita jatuh sampai satu tahap tak mampu nak berdiri dahh !
Hilang harapan, putus asa, hilang arah.. 
I know mesti ada yang pernah rasa semua ni kan? 
Seolah rasa tu lah penamat hidup u. 

Kita ni tak pernah nak bersyukur, 
Allah baru uji sekali je, kita cakap "aku tak pernah bahagia"
Sesekali kita menagis, kita cakap " aku jarang ketawa"
Sekali kita kecewa, kita cakap "aku tak pernah berjaya"
Banyaknyaa nikmat Allah yang kita lupakan tapi 
bila sekali Allah jentik kita dengan ujian kita dah persoalkan. 
Di mana syukur kita?
Sedangkan ujian tu juga salah satu rahmat dan tanda Allah sayang kita. 
Kenapa??

Bagi aku la, sebelum ni aku tak pernah fikir macam ni, 
tapi bila dah lama-lama aku fikir balik apa yang pernah jadi dulu.
Aku bandingkan dulu dengan sekarang. 
Yes memang dulu aku pun macam kat atas tu, aku rasa benci sangat. 
Tapi bila aku fikir balik sekarang, aku tak pernah rasa menyesal sikit pun 
apa yang pernah jadi dulu malah lagi bersyukur adalahh. 
Rupanya ada hikmah yang Allah nak tunjuk. Aku merancang tapi Allah juga merancang
He knows the best for me. I believe that. 

Selepas setahun lebih macam tu, i wake up. 
Sejak dari tu aku cuba cari apa sebenar sebalik semua ni. 
Alhamdulillah sekarang no more pain macam setahun lebih dulu. 
walaupun kadang2 teringat balik tapi normal lah tu kan hmm. 
Sejak dari tu, semua benda yang jadi sama ada buruk or baik, aku cuba tak cepat melatah. 
Sebab aku dah mindset 
"Setiap ujian dan nikmat yang Allah bagi tu mesti ada sesuatu, tak sekarang, nanti."
Everything happened must be a silver things. 

Panjang pulakk aishh , okayy sambung balik , Kenapa?? 
Kerana kita letakkan keyakin yang terlalu tinggi pada seorang manusia.
Hampir 100% ahhahaha 
Kita yakin dia takkan tinggal kita. 
Kita yang dengan tempoh perkenalan yang dah bertahun tu, 
kita dah betul2 kenal siapa diri dia.  kita yakin dia akan jadi milik kita. 

TAPI HAKIKAT SEBENAR KITA TERLUPA ADA YANG LEBIH BERKUASA .

Kita lupa kita hanya mampu merancang, 
sehebat mana perancangan kita sebagai manusia,
Jangan lupa bahawa perancangan Allah tu lebih hebat dari sega-galanya.
Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa. Takkan jamin dia kekal milik kita
Takkan menjamin dia adalah jodoh kita. Trust me, Dalam tempoh hubungan tu, 
terlalu banyak pembohongan. 
Tapi kerana cinta kita buta, buta mata buta hati. 

Kita paksa hati kita untuk nampak semuanya kekal indah, 
kita pertahankan sesuatu hubungan hanya kerana satu perasaan.
Perasaan sayang untuk melepaskan sebab dah lama bersama. 
Kita rasa takut nak mulakan hidup baru tanpa dia.. 

Tapi betul ke kita tengah bahagia?
Betul ke kalau pertahankan hubungan ni bertahun tahun ending dia confirm indah?
Yang dah kawin, share happiness puluh2 tahun pun bercerai 
ni pulak yang bergantung dengan janji palsu yang tak pasti lagi.. 
tanpa ikatan.

Selagi kita tak kahwin dengan dia, tak tidur sebantal sekatil, 
kita takkan kenal diri dia yang sebenar. 
And apa yang aku tulis ni saja je, sebab tengah bosan. 
Tetiba terbukak akuislam. 
Nampak entry ni rasa nak menulis pulakk. 

But at the same time, tu nasihat untuk diri sendiri jugak
Normal la dalam hidup ni ada jatuh, bangun, sedih, gembira, kecewa.
Tapi bila kau jatuh, kau nangis lah puas-puas sampai kau dah rasa bosan 
Baru kau bangun dan jadi diri kau yang baru. 
Sebab Allah dah rancang yang terbaik untuk diri kita di depan hari. 

Kita boleh singgah dalam kenangan tu, tapi jangan hidup dalam kenangan. 
Ada masa kita rindu, rindu kenangan. 
Tapi tu tak bermakna kita boleh terima dia dalam hati kita. 
Ada yang lebih baik, jadikan masa lalu tu pengajaran untuk kau kuat 
untuk masa akan datang.
Stand strong, somestimes u have to experience a low point in life to learn a good lesson u couldnt have learned any other way.

Sepanjang 2016 ni alhamdulillah takde lagi benda yang berkait dengan perasaan yang buat hati ni sakit macam dulu hahaha kalau ada pun rasa kosong dahh. 
And alhamdulillah untuk life yang sekarang ni walapun single masih bahagia hahahah
Alhamdulillah dekan lagi untuk sem ni and semoga still dekan sampai convo ! 
And thanks to akuislam sebab bagi idea untuk entry ni :) 

Semoga tahun 2017 lebih baik dari tahun sebelum ni, 
 dapat bahagiakan mak ayah dengan kejayaan aku. 
 dapat sambung degree kaunseling nanti. 
 jadi anak yang solehah 
 bussiness kek semakin maju 
 jalankan tanggungjawab dengan baik 
 stay deanlist 


Image result for bye 2016






No comments:

Post a Comment