December 15, 2017

Someone's presence must be a reason

but life goes on.. 
Assalamualaikum and Goodnight, 
I dont know how to start this entry but I just want to share how I feel right now. 
Maybe semua orang pernah rasa benda ni and pernah alami benda ni. 

Dalam hidup ni macam2 jenis orang yang aku kenal, 
ada yang datang dan pergi
ada yang singgah memberi rasa walaupun kejap
ada yang bermusuh lalu akhirnya menjadi teman
ada yang dipercayai lalu dikhianati
ada yang datang memberi bahagia lalu pergi meninggalkan luka
yang datang untuk suka suka
 yang datang dengan penipuan 
yang datang dengan kejujuran
yang hadir kekosongan lalu tinggalkan dengan kenangan 
ada juga yang hadir dan masih kekal sampai sekarang 

Senang cerita, people comes and go . 
Yes, manusia datang dan pergi. 
Cuma kesan yang ditinggalkan untuk kita takkan sama
Ada yang tinggal kita dengan kenangan, kesedihan, kesakitan dan kekuatan. 

Dulunya yang pernah bahagiakan kita, terlalu bahagia. amat bahagia. 
Tapi dia lah juga yang meninggalkan kesakitan dan luka dalam hidup kita, 
parut yang memang takkan hilang sampai bila bila.
Tapi dia juga lah yang memberi kita kekuatan untuk bangkit lagi
betul lah orang kata, kehilangan tu yang membuat kita kuat.
Maybe bukan sekarang, bukan esok, bukan lusa. 
It's take time. Bukan berbulan bulan. 
Mungkin bertahun tahun. 

Masa tu lah baru kita sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya. 
Setiap perpisahan dan kehilangan membuat kita jadi lebih baik.
Time heals everything yeahh its true. 
But time cant forget evrything happened. 

Hari demi hari, tahun demi tahun.
Datang seseorang yang buka hati yang telah bertahun tertutup. 
dengan cara yang tak disangka sangka. 
And slowly I tried to open my heart. 
I said :
'Maybe it's the time after 5years' 

Tapi mungkin sekali lagi Allah nak uji hati ini, 
but It's okay. This time I strong than before. 
That's why I said there's must be a silver things. 
Yeah, it's a silver thing. 

Untuk semua yang pernah hadir dalam hidup ni, 
samada yang masih kekal di sisi atau yang telah pergi
Thanks for everything. Terima kasih untuk 
Yang pernah tinggalkan cerita untuk dijadikan bekal kekuatan,
Yang tinggalkan insprasi untuk memotivasikan iman di hati, 
Yang tinggalkan dertia untuk belajar jadi lebih kuat, 
Yang tinggalkan kenangan, cukup untuk mengukir senyuman diwajah pabila terkenang. 
Yang sedang bersama mengukir senyuman dan tangisan, yang memberi pelbagai rasa.

Allah takkan hadirkan seseorang dalam hidup kita dengan sia-sia. 
Ada sesuatu yang Dia ingin kita belajar. 
Samada ujian ataupun jodoh. 
Jika dia hadir untuk memberi kekuatan untuk kesakitan sebelumnya, 
lalu pergi meninggalkan. 
Itu saja sudah cukup. 

Selamat Malam. 




December 2, 2017

Unexpected Things 2017

Assalamualaikum Disember, rasa macam kejap je 2017 berlalu, blog ni pun dah lama berhabuk sebab last bukak blog ni January kot haha lama tu dh nak habis tahun dah. Em actually banyak benda nak share dekat blog ni sampai tak tahu cite mana yang nak share dulu. Takpelah sambil tengah pakai mask ni aku nak share everything happened to me sepanjang 2017. Banyak yang berlaku and tahun ni memang mencabar bagi aku. Lagi2 aku dah habis semester5 and sekarang tengah tunggu result final. Harap dekan lah kalini sebabnya, kalau untuk sem ni aku dekan, ada harapan nak pakai selempang nanti konvo nanti. Bangga mak ayah tengok anak dia nanti sebab ni lah yang aku nak bagi dekat mak ayah aku masa terpaksa ambik kos ni dulu. Kalau tak sia2 lah dekan sepanjang sem ni. Tapi serious sem ni tough gila kot ! Tahun depan dah start praktikal and i'll be a teacher soon. 

Okay buka cerita pun dah panjang. Story aku kalini panjang sikit sebab yelah satu tahun ni macam2 yang jadi. So sape yang stay baca entry aku ni thanks banyak banyak. And sorry kalau entry aku ni bosan. Macam yang aku cerita dalam entry yang lepas, aku jadi MPA. And aku tak pernah terfikir pun aku nak jadi MPP which is jawatan and tanggunjawab yang besar kot bagi aku. Bagi korang aku tak tahula. So nak dijadikan cerita, masa tengah pilihanraya MPP tu aku ada buka gerai niaga dekat kolej aku start petang sampai malam so agak busy jugak la sebab kena jaga gerai tu semua. 

And masa hari last hantar borang bertanding MPP tu ada sorang pegawai atasan kat kolej tu masukkan nama aku untuk pencalonan tu, terkejut jugak lah malam tu so nak taknak redha jelah hantar borang tu sejam sebelum pejabat tutup. Aku expect aku takkan menang sebab aku takde buat pape pun untuk bertanding tu just hantar borang dan 10 helai poster untuk cukup syarat je haa. Time perkenalkan diri pun aku tengah sibuk dengan gerai. So aku expect aku kalah, satu lagi memang aku taknak langsung pun.

Sampai la masa hari mengundi tu, orang tengah berkumpul untuk tahu keputusan, tapi aku tidur dalam bilik haha sebab memang aku taknak langsung. Masa aku bangun tidur tu, aku pelik jugak tengok banyak gila chat masuk cakap tahniah ape semua. Masa tu mamai lagi kan, aikk lepastu tengook ada group wassap MPP. Aku ni haa sudah mimpi lagi ke ni, aku pun tanya kawan aku, dorang cakap aku menang bertanding and no6 antara 50 orang yang bertanding. Aku ni haaa airmatooo la weii. Terus call mama, mama pulak 'Haa baguslah menang' haha aduhla semakin nak nangis aku.

So, malam tu ada solat berjemaah dekat kolej then ada student ni bagi ceramah maghrib lepas solat. Memang aku betul2 taknak sebab aku tahu MPP ni dia punya busy masyaAllah, aku dah rasa dah. Menangis ! Lepastu budak tu bagi ceramah dia cakap 

"Allah takkan bagi tanggungjawab untuk kita kalau kita tak mampu. And mungkin dari jawatan ni Allah nak tunjuk kita something and dari jawatan tu" 

So aku pun fikir balik, mungkin dari jawatan ni ajar aku sesuatu, mungkin dari jawatan ni aku boleh lupakan dia, mana tahu dengan jawatan ni aku pandai uruskan masa aku, takdelah asyik tidur je kalau takde kelas. Mama pun cakap terima je dulu, mana tahu aku jumpa something. Allah dah atur elok-elok dah, So aku pun follow the flow, and setiap kali ada program or event yang kitorang buat serious aku cakap memang malam tu kitorang takkan tidur, paling tak pun tidur 2jam je. And dari MPP aku belajar cara untuk handle program, handle masa aku busy dengan jawatan aku dengan study. 

Tapi kesian kat gerai aku sebab kena tutup, disebabkan aku busy dengan bola tampar and MPP, so goodbye Singgah Cafe hm. Ni memang betul2 busy sampai budak bilik aku selalu bising sebab pukul 4, 5 pagi baru aku masuk bilik sebab baru siap keje, memang sibuk sangat sampaikan kalau ada masa kosong aku akan curi masa tu kejap untuk siapkan assignment aku, untuk study. Tapi betul la orang kata, bila kita sibuk, dengan automatik kita pandai urus masa kita. Kalau tak asyik membuta je. 

And dari MPP ni lah buat pertama kalinya aku buat program and aku sendiri jadi pengarah program. Bagi aku program ni besar and alhamdulillah berjaya dengan jayanya. Siang malam 2bulan aku tidur pukul 3,4 pagi untuk siapkan paperwork, betulkan balik lepastu kena reject. Aku usaha juga dengan cari spoosor dari luar untuk program aku ni and alhamdulillah aku tak pernah sangka langsung hasil aku cari sponsor dari syarikat ke syarikat, even ada gap sejam kelas pun aku keluar jap pegi mintak sponsor and aku pun tak percaya sampai sekarang sponsor yang aku dapat hampir 10k. Nanti aku buat entry khas untuk program aku tu dari awal sampai akhir. 

Aku tak tahu nak rasa apa tapi aku bangga and happy bila program tu berjaya lepas macam2 kot dugaan aku masa nak sampai ke hari kejadian tu. And dari situ aku dapat belajar banyak benda, jatuh bangun aku untuk program tu and i'll never forget it even aku dah kerja sekalipun. Aku tak pernah terfikir pun untuk buat hari keusahawanan, pesta buah-buahan, and autoshow kereta dalam satu program. Maybe bagi korang tu biasa, tapi bagi aku yang takde pape ni, aku rasa tu benda paling bermakna untuk aku.

Dulu ex aku pernah bagitahu yang dia nak aku berubah and now aku nak buktikan yang aku tak macam yang kau kenal dulu. Salah satu sebab aku terima jawatan ni pun sebab kau. Aku cabar diri aku untuk jadi lebih baik.

And paling aku happy aku dapat buktikan pada mak ayah aku, family aku yang aku pun dah berubah. Aku bukan macam dulu dah, disebabkan aku yang dulu lah aku kena masuk kolej ni dengan course yang memang aku tak berminat langsung. Tapi aku nak buktikan yang aku boleh berubah jadi lebih baik untuk family aku. 

So kat sini aku nak bagitahu, everything happened must be a silver thing. Mungkin kita suka benda tu, tapi benda tu buruk untuk kita. Tapi mungkin sesuatu yang kita benci tu adalah yang terbaik untuk kita sebenarnya. So follow the flow, ikut je layan je apa yang jadi. Dari situ, kita akan belajar something untuk diri kita sendiri sebab Allah knows the best for us. Right ? And sekarang aku tak rasa menyesal sikit pun jadi MPP. Benda ni kira advance untuk aku bila kerja nanti sebab ape yang aku buat and belajar masa dalam MPP ni, benda ni yang aku akan guna bila kerja nanti. So kerja nanti kiranya aku dah biasa dengan benda semua ni. 

Okay lah, next entry aku cerita pasal pahit manis susah senang airmata sedih gembira semua ada dalam program yang aku buat haritu.