January 16, 2016

THE END - SEMESTER BREAK

                                              
Image result for BACK TO COLLEGE
Holidayy end yaww !

hai salam 1pagi. Hahahha
lewat sikit aku entry malam ni sebab baru lepas packing baju barang semua yang nak dibawak esok. 
Esok? Haaa yeaa esokk.
Kenapa dengan esok? Alaaa esok dah start daftar sem2 dah hihihih. 
Setelah 2 bulan sekian lamanyaa cuti sem, 
Akhirnyaaaa habis jugak cuti hahaha tak sabar pulak nak masuk kolej balik. 
Pelik kan? Orang lain nak sangat cuti tapi aku ni nak cepat balik kolej hailaaa. 
Bukan ape aku ni dah bosan gilaa dah mereput kat rumah ni lama sangat cuti siap tambah cuti lagi. 
Patutnyaa bukak kolej 10/1 haritu tapi extend esok pulak tapi sadiss la sikit sebab lusa dah kelas aiyaaaaa !!
So, since dah bukak kolej ni get ready la. 
Get ready untuk apa ?
Haaaa ni nak habaq maii 

 kelas dari pagi sampai petang

kuiz

assignment

test

workplace

program kolej 

Haaa get ready untuk semua tu, tangan ni dah lama dah tak menulis ni dah kremmm dah . 
Okayy semakin lama subjek pun semakin susah.
Sem1 alhamdulillah CGPA aku dapat deanlist. hihihi 
bukan nak berlagak tapi serious memang aku tak percaya yang aku boleh score
sebab mindset aku sebelum dapat result tu aku dah set aku dapat 2.5 kebawah. 
Haaahahha teruk sangat tu. 
sebab exam haritu serious susahhh dengan soalan KBAT. 
Aku ni dahla jenis manusia yang memang lemah soalan macam tu. Rasa macam tak percaya, 
Dengan course yang aku tak relaa tetibe dapat score memang bersyukur sangat. 
Mak ayah aku pun happy sangat masa aku tunjuk result. hihi, 
Niat aku satu je, aku sanggup buat ape je asalkan mak ayah aku bangga dan gembira. 
Aku nak tebus balik salah aku masa SPM dulu. 
InsyaAllah aku harap sem nanti aku akan kekalkan pointer aku. 
Opss lupaa. 
Tunang aku pun alhamdulillah dapat result comehh jugak, 
Semakin meningkat and semakin baik. 
Baguss sayangg saya tahu nanti sem depan awak dapat score lagi tinggi. 
Dah janji kan nak buat molek molek? 
Mak ayah pun suruh awak dapat 3.5 above biar kurang bayar MARA tuh. 
GOODLUCK dear !
Haaa sepatutnya dah kena tidur dah sebab esok kena bangun awal lagi untuk daftar.
sebab nak stay roommates sama and bilik sama. 
Tapi untuk sem ni bilik dah ada aircond dahh emmm dapp nyee tidoo kekgi haha. 
Ada masa nanti aku entry pulak ye, 

GOODNIGHT 
ASSALAMUALAIKUM.



                                         

January 14, 2016

LIFE SEBAGAI MAHASISWA 2

Haii ,  macam yang aku janji haritu yang aku nak sambung entry aku kan? aku janji nak entry malam esok tu tapi yelahh aku hanya mampu rancang tapi Allah yang tentukan. Dibuatnya semua family aku demam panas sangatt . Anak sedara aku dua orang tu dengan abang, kak ipar aku, mak ayah aku pun demam panas sangat sampai mak aku takleh nak bangun.

Cuma aku dengan abang aku (peli) tu je yang tak demam tapi aku la yang kesana kesini uruskan diorangg sebab peli busy dengan keje. Lepas bawak anak sedara g klinik, hantar mak pulak, nasib baik ayah abang dah hantar pagi tu kalau tak mau pengsan aku sebab aku penat gilerr. Haaa act ade panjang lagi cite dia tapi nanti aku sambung lain kali. Aku nak habiskan entry lepas yang aku janji haritu. Haishh baru permulaan dah panjang lebar dah hm sabo jelahh.

Haaa okayyy haritu aku janji nak tunjuk gambar bilik aku kan ? sebab haritu fon aku ade problem nak transfer ke laptop . Haaaa ni laa Bilikku Syurgaku hahahaha





haaaa tu gambar bilik aku , bilik kami ni ade 6 orang termasuk aku. Actually ni bilik kedua kami haaa bilik kedua ni sebabnyaa kami pindah bilik sebab haritu kecoh pasal ade orang skodeng budak groundfloor sebab kat bilik aku ni mengadap bangunan belakang then belakang tu takde pagar so senang la jantan2 gatal datang ngintai. Nak tutup tingkap takleh sebab panas, so disebabkan benda tu semakin kerap so pihak asrama arahkan untuk naik tingkat 2. Agak penat jugak sebab kena cuci balik bilik then ubah kedudukan katil biar nampak lagi luas. Yang bestnyaaa kitorang batch pertama rasmi blok ni yeayyy. hahaha sebab blok ni blok baru so semua barang baru. Yang tingkat 2 ni bilik sejuk sikit boleh buka tingkap. Tapi sedihnyaa tak sampai seminggu kami kena pindah bawah balik huhhh penat gilaaa dhlaaa barang pompuan kan biasalaaa macam tak kenal. Diorang bawak barang macam bawa satu rumah ayoyoyo. 

Disebabkan budak laki akan duduk 2nd floor, kitorang kena pindah bilik asal kat bawah balik. Tapi yang syok nyaaa kitorang akan duduk bilik aircond bermula sem2 ni hihihi. Tapi adik-2 yang nak masuk KPTM tu jangan risau sekarang ni dah selamat dah, pihak kolej dah letak pagar dah insyaAllah takde dah kejadian yang tak diingini. 

Haaa ni nak masuk bab makanan pulak, kolej aku ni tak macam uni lain or tempat lain yang ade cafe besar gila tu. Takde takde, kolej kami cuma ada warung je. Mula2 masuk tu konfius jugak nak makan apelaa dah la warung tu buka sampai petang je, takkan nak makan kat TESCO hari-2. Mau botakkk kitorangg. Haaa yang ni special KPTM. Malam-2 aku dengan roommate aku selalu tempah makanan dekat pakcik kat stesen bas. Yelahhh KPTMKB kan depan stesen bas je, haaaade satu kedai pakcik ni memang makanan dia emphhhh !!!! tiptop !! lagi-2 Nasi Lauk Ayam Cili Padi, perghhh aku hari-2 order benda tu memang tak puas, Memang kitorang selalu order je, nanti lepas maghrib ke isyak ke sampai ah depan asrama haha kira memang masuk laaa dengan budak bilik aku ni jenis tak suka keluar merayap. 

Aipppp aippp, haaa nak risau la tu takut takleh nak makan kan? Haaa adik-2 jangan risau and tak perlu risau sebab kedai makan kat area KPTM tu dah banyak yang baru buka, Restoran Scha Al-Yahya, D'selera, haaa ade lagi kedai baru bukakk. Aku pun tak ingat dah nama kedai ape yang pasti korang jangan risau la korang takkan kebulur, lagi-2 Aeon baru nak bukak kan? haaa lagilahh syok lepastu kat sebelah kanan kolej kitorang akan dibuka PLATINUM MALL, Haaa kanan kiri depan belakang semua ade, tak sampai 5minit jalan kaki dah sampai , kena lintas jalan je. 

Lepastu ade banyak lagi kedai makan korang jangan risau, ade kedai Nasi Kukus Zaeman hmm yang ni memang ramai gilaa beratur sampai kebawah orang beratur, Meja kedai dia memang tak pernah tak penuhh/kadang-2 sampai takde tempat, memang sedap !bagi aku ayam dia sedapp . Haa lepastu ade kedai Pak Din, Maheran Laksaa, Sireh kopitiam, Nasi ayam Muaalaf haaaa pokoknyaaa emang banyak bangett dih kalau tak takdenyee kitorang ni semakin gemuk. Memang selalu makan sedappp huhuh. 

Every weekend pulak, aku dengan budak bilik aku selalu keluar, kitorang selalu sewa kereta hmm selalu sewa viva, myvi takpun saga. Haaa korang takyah risau, dekat area tu banyak syarikat yang boleh sewa kereta. Untuk student memang dia bagi murah haha aku semua abang-2 sewa kereta aku kenal hahah tak mahal pun dalam RM21 minimum 3JAM, korang share la duit dengan kawan haaa tapi depends la kereta apa korang sewa sbb setiap kereta tu harga lain. So sebab setiap minggu kitorang sewa kereta kitorang selalu keluar malam laa lepas maghrib kadang-2 maghrib kat luar tengok atas jadual masing-2 la abis pukul berapa haa tapi kitorang tak overnight pun, kitorang balik sebelum pukul11, takde pergi kat tempat mengarut pun, selalu keluar makan je cari kedai makan yang kitorang tak pernah pergi so try llaaa haaa. 

Ni akak nak pesan, kena pandai bawak diri laa duk sana, kena pandai jaga diri. Sebab kat sana apa kita buat mak ayah kita tak nampak so suka hati korang laa korang nak buat ape pun takde sape halang, Haaa takleh macam tu, Kat sana laa kena betul-2 pilih kawan yang baik, jangan mudah ikut kawan. Sebab ade sesetengah tu yang mula2 masuk pakai kemain labuh tapi bila dah lama-2 freehair dah em kesian pun ade. So atas diri kita sendiri laa, even mak ayah tak nampak tapi korang kena ingat. Kat atas sana tu tahu semua yang kita buat. Kalau nak buat jahat ke buat maksiat ke, sebelum buat tu ingat laa kat mak ayah kat kampung tu hantar kau pergi belajar bagi duit belanja letih mak ayah cari duit kat kampung ehh kau kat sini keluar kehulu kehilir dengan jantan pukul 2 3 pagi baru balik. Kesian la sikit. Dah besar kan? Bukan kat kolej aku je, kat semua tempat sekali pun semua sama, so kena pandai la bawak diri. Bila kita dah masuk U ni , dah jauh dari mak ayah , Al Quran jangan sesekali kau tinggal. Aishh banyak pulak membebel, bukan ape, aku cakap ni pun sebab aku nak ingatkan diri aku jugak. 

Sebenarnyaa ade banyak lagi nak cerita tapi mata ni dah mengantok dah insyaAllah lain hari pulak ye. haaa btw 17/1/16 ni aku dah start daftar sem2, huhuuh dah letih dah mereput kat rumah ni dah dekat 2bulan dahhh tak sabar nak jumpa roommate balik start study balik. Btw sorry terlambat post entry ni sebab tak sempat lepastu memang takde mood nak tulis. Sorry yeee. Okayy see u next time.



Haaa diorang ni laa roommate aku , hihi cun dakk? masa ni aku takde sebab aku tengah otw ambik diorang. tengah tunggu aku lah tuu huhu 


haaa yang bersiap tunggu aku tadi kitorang nak pergi sini laa, Pantai Cahaya Bulan.







January 10, 2016

Jangan biarkan hati ni terluka berkali kali.



Image result for broken heart
setiap pertemuan, perpisahan itu pasti ada.

Jika diberikan peluang, ramai yang mahu mencuba betapa manisnya cinta. 

Betapa berbunga bunga hati kita masa tu.

Ada seseorang yang menemani, seseorang yang menyayangi. 

Sape yang taknak kan? 

Tapi kita selalu lupa apa yang terjadi di setiap penghujung kebahagiaan 

Ape ? 

PERPISAHAN ~


LANGIT TAK SELALUNYA CERAH, ADA KETIKANYA MENDUNG DATANG.

Ada saat petir datang melanda. Tak semua percintaan berakhir dengan kebahagiaan dan senyuman.

Tanpa kita pinta, perpisahan akan hadir juga. 

Cuma cepat atau lambat je.

"Bila kita bersedia menerima kehadiran seseorang itu , maka kita perlu bersedia untuk menerima kehilanganya kerana setiap pertimuan pasti ada perpisah. Berpisah kerana ajal maut atau berpisah hidup"

Ada yang jatuh tersungkur apabila terjadinya perpisahan

Tak mampu untuk menerima takdir, menerima kenyataan

Sampai ada manusia yang guna jalan salah demi melupakan kesakitan tu,

Ada yang memilih untuk menyakiti diri sendiri semata-mata nak menagih simpati si Dia. 

Hmm kesian betul orang macam ni. terlalu jadi hamba cinta. 

Apa yang kita dapat ? Apa yang kita harapkan sebenarnya ?

Sebab nak dia kembali atas rasa simpati? sebab rasa bersalah pada diri kita?

Jangan rendahkan ego terhadap sesuatu yang memang dah berakhir.

"Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya"

Bangkitlahh.

Mungkin susah. Mungkin memakan waktu.

Kita sendiri tak pasti beberapa lama masa yang kita ambil. Mungkin bukan esok hati tu sembuh .

Mungkin berbulan-bulan, Mungkin bertahun-tahun. 

Paling lama masa aku cuba untuk lupakan dia 2tahun. Tu pengalaman aku la. Sekarang dah move on.

Tapi selagi kita cuba, selagi kita berusaha untuk bangkit. Pasti ada jalannya. 

Berhenti merayu, berhenti berharap keindahan cinta dulu akan kembali. 

Sampai bila nak berharap?
Sampai bila nak pegang janji dia?

 sedangkan dia sendiri mungkir janji?

Apa jaminan untuk setiap penantian ? 

Haa cuba tanya diri sendiri. 

Apa jaminan kita akan kembali bahagia kalau dia menoleh kembali pada kita ?

Kalau kita berani bercinta, berani serahkan hati pada insan lain, 

kenapa tak mampu nak beranikan diri untuk bangkit selepas dikecewakan?a

Kenapa keberanian tu hadira hanya saat senyuman meniti di bibir?

Kemana menghilang saat airmata di pipi?

Ye aku tahu, semangat tu ada. 

Cuma kita terlalu mengasihani diri kita atas perpisahan tu sampai kita tak nampak kekuatan untuk bangun balik . 

Stop mengasihani diri sendiri. Sampai bila? Sampai bila nak macam tu?

Sampai bila nak menangis untuk sesuatu yang dah berlalu?

Untuk ape ? tak guna tahu tak. 

Tak salah nak menangis, Tapi jangan sampai mata kau lebam bengkak semua.

Ok, cuba kita kembali balik pada saat kita belum kenal dia.

Antara sedar atau tak, kita dah lama tak mencintai diri sendiri saat kita jatuh cinta.

Buktinya ?

Kita biarkan hati kita luka berkali-kali. 

Kita jaga hati dia sebaik mungkin supaya dia tak kecewa.

Semua kesedihan kita tanggung sendiri. 

Biarkan semua tu berlalu seolah takde kesakitan langsung, 

Tapi hakikatnya?

Deep in ur heart, it's too hurt. 

Mana cinta kita pada diri sendiri?

Semuanya hilang demi menjaga hati insan lain 

Kembalilah ketawa seperti dulu. Ye tahu, mungkin rasa kosong.

Rasa kehilangan. 

Sebab kita dah terbiasa dengan dia. Bangun pagi whatsapp dia,

Nak tidur pun whatsapp dia. 

Banyak kenangan dengan dia. 

Tapi tiba-tiba semua tu hilang serta merta. Ofkos kita tak boleh terima kan?

Tapi tu tak bermakna hidup kita berakhir. 

Kalau sebelum kenal dia kita mampu hidup sendiri, bila dia pergi, kita juga boleh hidup sendiri. 

Malah makin tabah dari sebelum ni sebab setiap yang terjadi dalam hidup ni pengalaman untuk kita/

"when he/she broke ur heart, he/she feels nothing. he/she move on quickly. Like nothing happened. You feel as is a piece of you is missing. You cant eat, you cant sleep. All you do is thinking about him/her"

"wondering if he/she thinking of you. wondering if he/she misses you. you're depressed for weeks, months, sometimes longer. but then you realize what's important in life"

"and you deicde that you need to worry about urself, you soon move on. and he/she stuck watching you smile and realize. he/she messed up. he/she regret everything."

Okay, get it?

Menangis tu tak salah, menangislah sekali sepuas hati. Lepaskan semua yang terpendam. 

Tapi jangan berterusan, kuatkan diri, hati untuk bangun. Bangkit untuk teruskan hidup. 

Lapangkan dada untuk hadapi hari-hari yang akan datang. 

Semakin bertambah umur kita, semakin banyak dugaan yang akan datang. 

"Holding on is being brave, but letting go and moving on is often what makes you stronger and happier"

Tapi bila tangisan tu belom buat kita tenang, cari someone untuk luahkan ape yang kita rasa.

Someone yang boleh dipercayai.Yang boleh bagi kita semangat.

Yang mampu bawa kita ke jalan yang terbaik untuk lupakan dia.

Andai takde yang memahami?

mencintai diri sendiri kembali kepada Allah
Back to Allah. Yang Maha Mendengar.

Ingat, kita masih ada ALLAH .

Jika manusia tak mampu, kenapa takut untuk cari Allah?

Kenapa takut untuk cerita pada Allah? Luahkan segalanya pada Dia.

Luah semua rasa terpendam, Biar hati lapang. Biar jiwa tenang.

Jangan takut, Allah sentiasa ada bersama dengan kita, walaupun kita selalu lupa bila kita bahagia.

Tapi Allah tak kejam, Dia sentiasa maafkan hambanya :')

Allah dah tetapkan jodoh kita di luar sana.

Walaupun bukan dengan dia tapi kita akan bahagia.

Takdir Allah ni something yang unexpected.

Kalau kita redha dengan ape yang jadi, percayalah.

Allah akan bagi sesuatu yang kita sendiri tak sangka.

Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah.

Bersabarlah dan berdoa.

"Walau seremuk mana hati dilukai, bentuklah hati tu balik dan serahkan pada Allah"

Serahkan hati ni pada Allah, biar dia jagakan.

Dia akan beri kebahagiaan saat kita sudah benar-benar bersedia.

Lupakan kesakitan semalam.

Allah dah sediakan hikmah setiap yang berlaku.

Melupakan tapi bukan membencinyaa,

kenapa kita nak benci orang yang pernah bahagiakan kita ?

Maafkan dia and hati kita pun tenang.

Time heals everything dear .

Image result for broken heart


Aku share ni pun sebab pengalaman aku sendiri, pengalaman mematangkan diri. Dulu memang sakit sangat. Tapi bila kena balik untuk kedua kali, aku tak selemah dulu. Bukan saja-saja kita kenal dia. Ape pun terima kasih untuk yang pernah hadir :)










January 8, 2016

Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu



hakikatkanya perpisahan tu sakit *tears



Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hatu.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.
Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

kebahagiaanMove on. Ubah cara hidup kita.
Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.
kebahagiaan
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana? Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.
Dah boleh redha? Atau masih terpaksa?
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

Penutup: Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya

“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah. InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

January 4, 2016

LIFE SEBAGAI MAHASISWA

haaaa assalamualaikum, malam ni tetibe pulak ade mood nak buat entryy. haaa okay macam yang saya dah semalam saya nak cite tentang macam mane saya bolehh sambung kat kptm ni. Sebenarnyaaa nak cite lama dah tapi sebab sibuk dengan assignment, study, exam lagi. so sebab ni tengah cuti sem haha dah habis satu sem baru nak cite tapi takpelahh janji cite jugakk boleh buat kenangan bila dahh habis studyy nanti yeahhh .

Okayy cite dia macam nihh, lepas dapat result spm memang semua pelajar kena isi borang untuk masuk universiti kan? jadi aku ni pun isi laa sama macam orang lain jugak. tapi aku ni isi nak taknak je sebab masa tu minat aku kearah Baking ataupun buat kek.

Dalam entry lepas aku ada cite pasal kekliruann nak pilih kolej mana kan? dulu aku minat nak masuk SILVERSPOON INTERNATIONAL COLLEGE (SSIC) haaa mesti korang tak pernah dengar kan? ni kolej yang swasta milik CHEF ZAM tak silapp aku, kolej ni khas untuk student kulinari ajee. aku minat gilerr nak masuk kolej ni tempat pn cantik sangat yuran pun cantik jugak ahh heheheh RM 21K kott, berair mata laa weii. memang mahal. tapi takpe boleh apply mara. tapi tulaaa semua ditentang oleh family aku sebab diorang nak aku cari course yang ade pencen bila keje nanti tapi yang minat aku tu diorang suruh aku buat sampingan sambil keje nanti haaa macam tuu.

baru muqadimmah dah panjang dahh hahaah sorry ye cite kali ni memang panjang. Harapp sabar membaca ye sayang sayang. Haaa masa isi borang tu aku mintak je semua dengan hati yang terpaksaa. masa tu dah takde mood nak masuk mana2 yang aku fikir SSIC jee yelahh masa tu budak lagi kann ikut nafsu je. Lepastu sambil tunggu result U keluar, aku buat bisnes online jual kek haaaa.

Sampai laa satu hari tu aku balik dari kedai , aku tengok atas tangga ada surat posmen hantar. Bila aku tengok tu aku nampak KPTM . hehehehehe . Serius aku cakap aku tengok tu dengan muka takde perasaan dengan hati kering je aku rasa. yelahh orang lain bila dapat surat tawaran mesti melompat sana melompat sini. Aku pun bukak laa surat tu and tengok kat mana aku dapat. Aku dapat kat kelantan ni je yang dekat tesco tu. Tapi dalam hati tu aku dah niat awal-awal taknak pergi sebab aku dapat course PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.  haaaa aku pun pelik aku rasa aku tak apply pun course tu and aku dah agak sape yang tukar course aku lepas aku isi tu.

Ok then lepas beberapa hari tu aku dapat surat dari KIAS untuk course law syariah . Aku minat jugak law sebenarnyaa tapi taktau laa kenapa tak tergerak hati nak pergi sana. So aku abaikan jee, Aku pun tunggu keputusan UPU . Bila dah keluar result aku check aku tak dapat yang uitm , ok takpe aku tunggu result POLITEKNIK . Haaa lepastu result poli keluar akhirnyaaa aku dapat course ACCOUNTANT kat perak . Masa tu family aku semua kumpul bincang yang mana aku nak terima and macam biasa laa aku cakap aku nak kulinari jugak tapi yela sorang lawan belas orang kot abang kak aku semua. aku dahlaa anak bongsu. So bincang punya bincang diorang suruh aku terima KPTM haahhahah aku dah agak dah mesti aku nak masuk u pun kena atur hmm ntah ntah nak kawin pun kena jodohkan jugak hmm nasib la jadi anak bongsu . Aku pun tanya la kak ipar aku yang jadi kaunselor kat Kptm Kuantan tu , dia cakap pegi je dulu, pasal minat tu boleh pupuk . kalau aku nak sangat tukar course nanti degree aku boleh tukar course.

Kalau aku tak fikir mak ayah aku yang selalu sakit tu takde orang nak tenggokan dah lama dah aku buat keras kepala aku. Kalau ikutkan aku nak pergi yang akaun tu tapi takpelahh demi mak ayah aku ketepikan semua tu. Lagipun kptm ni dekat dengan rumah aku jadi takdelaa risau sangat kalau ayah dengan mak nak pergi appoinment aku boleh hantarkan. Bila dah semakin dewasa, ape yang aku nak dahulukan dalam hidup aku ni cuma mak ayah aku je, taknak dah selfish ke ape , tak guna jugak belajar jauh tapi tak tenang duk ingat mak ayah kat kampung.

Maka aku pun dengan hati yang terbukaa aku terima la KPTM tu, pegi buat medical checkup, susun dokumen yang diperlukan semua. Macam yang korang semua tahu kptm ni swasta tapi under mara. Memang yuran  dia sangat mahal tapi boleh apply loan MARA or PTPTN . Maka mula lah hidup aku sebagai seorang mahasiswi. Akhir Bulan Jun , aku daftar kptm huhu ramai gilaa orang. Masa tu macam biasa laaa sem1 semua diwajibkan duduk asrama. Bila dah selesai semua pendaftaran, mak ayah tunggu aku kat luar sebab masa daftar tu aku kena masuk sorang, Masa tu aku dapat bilik CG-11 ,haa nasib baik groundfloor. takyah susah nak nai tangga.

So aku bawak la mak ayah aku tengok bilik aku tu, masa tu aku orang first kot haha yang bestnyaaa duk bangunan baru, kitorang batch mula-mula rasmi so semuanya baru. Aku masuk tengok je dulu, lepastu aku balik rumah pulakk nak bawak barang selebihnya sebab aku bawak barang sikit je pagi tu, masa tu bulan puasaa memang penat ahh.

Lepas bukak puasa abang aku hantar aku balik asrama, masa tu semua orang tengah terawih kat rooftop aku sorang je dalam blok tu takut la jugak. So masuk bilik , aku tengoh semua dah ada orangg, roommates aku semuanya 6orang. haaa ramai kann dahlaa aku tak kenal langsung suai kenal pun belom sebab diorang semua kat rooftop . Sementara tunggu diorang masuk bilik , aku kemas la semua barang aku, serious memang panas gila bilik tu, walaupun ade kipas, tapi bilik tu haba kuat sangat orang kelantan panggil nguap haaaa gituu. sampai baju aku ni dari atas sampai bawah basah habis.

Lepastu bila semua dah masuk bilik, kitorang pun intro laa sorang-sorang. yang duk atas katil aku tu budak kelantan jugak, yang tepi aku tu budak kedah dengan pahang, sorang lagi terengganu and sekatil dengan dia budak kelantan tapi course nursing , so esok nyaa dia pindah bilik duduk dengan course sama dengan dia yelaa kesian kan dia nak study dengan sapa sebab semua course sama dengan aku,

Haaa masa mula mula tu kami tak rapat sangat yelaa sebab baru kenal kan, take time laa. Even kami tak rapat, tapi sepanjang minggu orentasi tu kami sentiasa berlimaa haa masa tu dah berlima sebab yang nursing tu dah pindah bilik. masa tu tak rapat lagi sampai la habis orentasi, satu hari tu aku bawak kereta datang kolej sebab kitorang nak beli kipas, rak pinggan ape semua la barang bilik kan, haaa start dari tu kami mula rapat, baru aku tahu diorang ni banyak cakap gilerr, selagi mata tu tak tutup selagi tu la diorang bercakap, buat lawak hambar, gelak macam pontianak hahaha. lepas haritu, semua dah rapat. memang diorang baik sangat memang untung la sape dapat roommate macam diorang ni. kenal dh macam kenal 14 tahun dah ahahaha.

dalam masa sem1 tu, macam2 kitorang hadapi, dengan roommate masuk ward sebab keracunan lepastu sewa kereta bawa pergi emergency, lepas habis kelas kitorang mlawat sal malam pulak gilir gilir jaga dia tapi aku wajib kena ade laa sebab aku je yang boleh drive, lepastu sahur drive balik kptm sebab pukul8 tu dah ade kelas. begitulaa seterusnyaa sampai seminggu. kumpul duit masing2 nak bayar sewa kereta. fuhhh semua tu aku tak pernah buat, drive malam lepastu drive sahur lagi bahaya tuu . haaa aku rasa setakat ni dulu kot aku cite, cite macam mana aku belajar, macam mane suasana kptm, and result sem1 aku hehehe aku sambung esok ye ? tunggu ye blog sayang. haaa ni aku share gambar bilik kitorang and gambar roommates kesayangan aku .


haaaa ni laa kami , mane2 kami pergi berenam je huhu sebab kitorang jenis buat hal kitorang je,
i love you 

haaa yang ni bella, bella ni sekatil dengan aku . ni orang kelantan, kalau takde dia sunyi la bilik ni sebab dia suka membebel je keje. kalau takde dia yang sabar kejut aku tiap pagi memang tak gi kelas la aku haha 
ni Saleha haha ganu mari haha ganu dia ni pekat sangat adoilaaa. ni mek janggok dalam bilik kitorang.
semua kena perfect haha bab makan memilih gilaaa sebab dah kena keracunan haritu dah perit dah.
haa ni garang ni hahaha taklaaa dia baik je yang ni kedah pekat ngat naaa adoii letih ceq.
kitorang panggil mak tiri sebab aku selalu gak ahh kena marah dengan dia sebab bising sgt hehehe tapi marah manja jee lepastu kena marah sebab selalu kacau jann haha 
haaa yang ni budah anak buluh bentong haahha dia ni asal pahang, jannah ni paling aku rapat sebab ape aku nak luah aku luah kat diaa haha. aku dengan jann bab kenakan bella dengan sal memang no 1 hahaa.


haaa diorang ni semua bakal cikgu suatu hari nanti huhuhu insyaAllah . Haa sorry ye korang aku takleh nak transfer gambar bilik tu ke laptop. tapi insyaAllah next entry aku tunjuk bilik aku okayy ? okayy see yaaa for the next entryy. banyak lagi aku nak throwback sepanjang sem1 ni . okayy bye byeee .



January 2, 2016

AZAM 2016




Haaaa dah masuk tahun baru dah, rasanya belom terlambat lagi nak ucapkan 

HAPPY NEW YEAR !!!!!

 2015 dah melabuhkan tirai 2016 pulak datang menjelma and i unofficially 19. dah tua dah hukhuk. Terlalu banyak kenangan, pengajaran, pengalaman pahit manis tawar masin masam semua adaa hahaha and aku takkan lupakan apa yang pernah terjadi sepanjang 2015 ni sebab terlalu tragis ewahh hahaha tragis nahh. Biarlahh ape yang jadi tu aku simpan sendiri hmm okayy sekarang ni dah masuk 2016. Tahun baru untuk kita mulakan hidup yang baru dengan semangat dan azam yang baru. Aku tahu setiap orang ade azam kan? setiap tahun mesti ade je azam yang kita buat tapi bila dah masuk tahun lain aku sendiri tak ingat daaa azam aku tahun lepas apee haha terok betul laa.

Rasa macam tak percaya umur dah 19 rasa macam cepat je masa berlalu. Orang cakap semakin besar semakin banyak dugaan yang kita akan tempuhi and semua tu akan buat diri kita ni bertambah matang. Since aku dah 19, aku dah mula fikir tentang perjalanan hidup aku untuk masa depan yang aku sendiri tak tahu. yelaa kita cuma mampu rancang je kan? selebihnya Allah yang tentukan

OK! setiap orang ada azam masing-masing. ade yang nak kawin ade yang nak pakwe makwe baru hhahaha gatai hang nohhh >.< Aku pun ada azam aku sendiri jugakk haha ingat korang je boleyy ade azam.Tahun baru ni i start my new life with my parents, dengan roommates aku yang gila gila tu haha takkk sabar nak jumpa dioranggg and paling special dengan seseorang ni heheheheheh aipp aipp bukan gewe ke kekasih gelap ke sapa ke. Kitorang punya relay ni complicated sikit kami masih berkawan and kenal hati budi masing masing lagi. InsyaAllah if dia jodoh aku, aku akan terima dia seadanya. 

Haaaa okay ni azam aku untuk tahun ni 


 jadi anak yang rajin basuh pinggan hehehe sebelum ni aku malas tapi sejak cuti ni rajin pulak

 deanlist dalam final exam and naik pentas ambik anugerah semata mata nak tengok parents happy

 lebih matang melibatkan soal hati 

 jangan mudah sayang orang sebab perangai aku ni mudah sayang bila dah rapat

 haaa yang ni kena jugak . DIET !!!

 jaga solat

 cuba labuhkan tudung

 jangan boros sangat huhhh kena belajar kumpul duit

 jangan baran sangat masa drive heheheh yang ni jangan tiru okayyy

 cuba mantapkan lagi kek 

 dapat banggakan mak ayah aku hm selalu kecewakan diorangg

 latih diri supaya selalu baca quran


hmmmm rasanya tu je kot azam aku untuk tahun ni. Aku harap dalam tahun ni aku dapat tunaikan azam aku ni hahhaha harapnyaaa lahh jangan azam tinggal azam pulakk. wait for next entryy yaaaa sebabb i nak storyy pasal tempat i studyyy patut nyaaa dah lama dah story tapi busy, wait yaa sayanggg . So? Bye 2015, Assalamualaikum 2016.