January 4, 2016

LIFE SEBAGAI MAHASISWA

haaaa assalamualaikum, malam ni tetibe pulak ade mood nak buat entryy. haaa okay macam yang saya dah semalam saya nak cite tentang macam mane saya bolehh sambung kat kptm ni. Sebenarnyaaa nak cite lama dah tapi sebab sibuk dengan assignment, study, exam lagi. so sebab ni tengah cuti sem haha dah habis satu sem baru nak cite tapi takpelahh janji cite jugakk boleh buat kenangan bila dahh habis studyy nanti yeahhh .

Okayy cite dia macam nihh, lepas dapat result spm memang semua pelajar kena isi borang untuk masuk universiti kan? jadi aku ni pun isi laa sama macam orang lain jugak. tapi aku ni isi nak taknak je sebab masa tu minat aku kearah Baking ataupun buat kek.

Dalam entry lepas aku ada cite pasal kekliruann nak pilih kolej mana kan? dulu aku minat nak masuk SILVERSPOON INTERNATIONAL COLLEGE (SSIC) haaa mesti korang tak pernah dengar kan? ni kolej yang swasta milik CHEF ZAM tak silapp aku, kolej ni khas untuk student kulinari ajee. aku minat gilerr nak masuk kolej ni tempat pn cantik sangat yuran pun cantik jugak ahh heheheh RM 21K kott, berair mata laa weii. memang mahal. tapi takpe boleh apply mara. tapi tulaaa semua ditentang oleh family aku sebab diorang nak aku cari course yang ade pencen bila keje nanti tapi yang minat aku tu diorang suruh aku buat sampingan sambil keje nanti haaa macam tuu.

baru muqadimmah dah panjang dahh hahaah sorry ye cite kali ni memang panjang. Harapp sabar membaca ye sayang sayang. Haaa masa isi borang tu aku mintak je semua dengan hati yang terpaksaa. masa tu dah takde mood nak masuk mana2 yang aku fikir SSIC jee yelahh masa tu budak lagi kann ikut nafsu je. Lepastu sambil tunggu result U keluar, aku buat bisnes online jual kek haaaa.

Sampai laa satu hari tu aku balik dari kedai , aku tengok atas tangga ada surat posmen hantar. Bila aku tengok tu aku nampak KPTM . hehehehehe . Serius aku cakap aku tengok tu dengan muka takde perasaan dengan hati kering je aku rasa. yelahh orang lain bila dapat surat tawaran mesti melompat sana melompat sini. Aku pun bukak laa surat tu and tengok kat mana aku dapat. Aku dapat kat kelantan ni je yang dekat tesco tu. Tapi dalam hati tu aku dah niat awal-awal taknak pergi sebab aku dapat course PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.  haaaa aku pun pelik aku rasa aku tak apply pun course tu and aku dah agak sape yang tukar course aku lepas aku isi tu.

Ok then lepas beberapa hari tu aku dapat surat dari KIAS untuk course law syariah . Aku minat jugak law sebenarnyaa tapi taktau laa kenapa tak tergerak hati nak pergi sana. So aku abaikan jee, Aku pun tunggu keputusan UPU . Bila dah keluar result aku check aku tak dapat yang uitm , ok takpe aku tunggu result POLITEKNIK . Haaa lepastu result poli keluar akhirnyaaa aku dapat course ACCOUNTANT kat perak . Masa tu family aku semua kumpul bincang yang mana aku nak terima and macam biasa laa aku cakap aku nak kulinari jugak tapi yela sorang lawan belas orang kot abang kak aku semua. aku dahlaa anak bongsu. So bincang punya bincang diorang suruh aku terima KPTM haahhahah aku dah agak dah mesti aku nak masuk u pun kena atur hmm ntah ntah nak kawin pun kena jodohkan jugak hmm nasib la jadi anak bongsu . Aku pun tanya la kak ipar aku yang jadi kaunselor kat Kptm Kuantan tu , dia cakap pegi je dulu, pasal minat tu boleh pupuk . kalau aku nak sangat tukar course nanti degree aku boleh tukar course.

Kalau aku tak fikir mak ayah aku yang selalu sakit tu takde orang nak tenggokan dah lama dah aku buat keras kepala aku. Kalau ikutkan aku nak pergi yang akaun tu tapi takpelahh demi mak ayah aku ketepikan semua tu. Lagipun kptm ni dekat dengan rumah aku jadi takdelaa risau sangat kalau ayah dengan mak nak pergi appoinment aku boleh hantarkan. Bila dah semakin dewasa, ape yang aku nak dahulukan dalam hidup aku ni cuma mak ayah aku je, taknak dah selfish ke ape , tak guna jugak belajar jauh tapi tak tenang duk ingat mak ayah kat kampung.

Maka aku pun dengan hati yang terbukaa aku terima la KPTM tu, pegi buat medical checkup, susun dokumen yang diperlukan semua. Macam yang korang semua tahu kptm ni swasta tapi under mara. Memang yuran  dia sangat mahal tapi boleh apply loan MARA or PTPTN . Maka mula lah hidup aku sebagai seorang mahasiswi. Akhir Bulan Jun , aku daftar kptm huhu ramai gilaa orang. Masa tu macam biasa laaa sem1 semua diwajibkan duduk asrama. Bila dah selesai semua pendaftaran, mak ayah tunggu aku kat luar sebab masa daftar tu aku kena masuk sorang, Masa tu aku dapat bilik CG-11 ,haa nasib baik groundfloor. takyah susah nak nai tangga.

So aku bawak la mak ayah aku tengok bilik aku tu, masa tu aku orang first kot haha yang bestnyaaa duk bangunan baru, kitorang batch mula-mula rasmi so semuanya baru. Aku masuk tengok je dulu, lepastu aku balik rumah pulakk nak bawak barang selebihnya sebab aku bawak barang sikit je pagi tu, masa tu bulan puasaa memang penat ahh.

Lepas bukak puasa abang aku hantar aku balik asrama, masa tu semua orang tengah terawih kat rooftop aku sorang je dalam blok tu takut la jugak. So masuk bilik , aku tengoh semua dah ada orangg, roommates aku semuanya 6orang. haaa ramai kann dahlaa aku tak kenal langsung suai kenal pun belom sebab diorang semua kat rooftop . Sementara tunggu diorang masuk bilik , aku kemas la semua barang aku, serious memang panas gila bilik tu, walaupun ade kipas, tapi bilik tu haba kuat sangat orang kelantan panggil nguap haaaa gituu. sampai baju aku ni dari atas sampai bawah basah habis.

Lepastu bila semua dah masuk bilik, kitorang pun intro laa sorang-sorang. yang duk atas katil aku tu budak kelantan jugak, yang tepi aku tu budak kedah dengan pahang, sorang lagi terengganu and sekatil dengan dia budak kelantan tapi course nursing , so esok nyaa dia pindah bilik duduk dengan course sama dengan dia yelaa kesian kan dia nak study dengan sapa sebab semua course sama dengan aku,

Haaa masa mula mula tu kami tak rapat sangat yelaa sebab baru kenal kan, take time laa. Even kami tak rapat, tapi sepanjang minggu orentasi tu kami sentiasa berlimaa haa masa tu dah berlima sebab yang nursing tu dah pindah bilik. masa tu tak rapat lagi sampai la habis orentasi, satu hari tu aku bawak kereta datang kolej sebab kitorang nak beli kipas, rak pinggan ape semua la barang bilik kan, haaa start dari tu kami mula rapat, baru aku tahu diorang ni banyak cakap gilerr, selagi mata tu tak tutup selagi tu la diorang bercakap, buat lawak hambar, gelak macam pontianak hahaha. lepas haritu, semua dah rapat. memang diorang baik sangat memang untung la sape dapat roommate macam diorang ni. kenal dh macam kenal 14 tahun dah ahahaha.

dalam masa sem1 tu, macam2 kitorang hadapi, dengan roommate masuk ward sebab keracunan lepastu sewa kereta bawa pergi emergency, lepas habis kelas kitorang mlawat sal malam pulak gilir gilir jaga dia tapi aku wajib kena ade laa sebab aku je yang boleh drive, lepastu sahur drive balik kptm sebab pukul8 tu dah ade kelas. begitulaa seterusnyaa sampai seminggu. kumpul duit masing2 nak bayar sewa kereta. fuhhh semua tu aku tak pernah buat, drive malam lepastu drive sahur lagi bahaya tuu . haaa aku rasa setakat ni dulu kot aku cite, cite macam mana aku belajar, macam mane suasana kptm, and result sem1 aku hehehe aku sambung esok ye ? tunggu ye blog sayang. haaa ni aku share gambar bilik kitorang and gambar roommates kesayangan aku .


haaaa ni laa kami , mane2 kami pergi berenam je huhu sebab kitorang jenis buat hal kitorang je,
i love you 

haaa yang ni bella, bella ni sekatil dengan aku . ni orang kelantan, kalau takde dia sunyi la bilik ni sebab dia suka membebel je keje. kalau takde dia yang sabar kejut aku tiap pagi memang tak gi kelas la aku haha 
ni Saleha haha ganu mari haha ganu dia ni pekat sangat adoilaaa. ni mek janggok dalam bilik kitorang.
semua kena perfect haha bab makan memilih gilaaa sebab dah kena keracunan haritu dah perit dah.
haa ni garang ni hahaha taklaaa dia baik je yang ni kedah pekat ngat naaa adoii letih ceq.
kitorang panggil mak tiri sebab aku selalu gak ahh kena marah dengan dia sebab bising sgt hehehe tapi marah manja jee lepastu kena marah sebab selalu kacau jann haha 
haaa yang ni budah anak buluh bentong haahha dia ni asal pahang, jannah ni paling aku rapat sebab ape aku nak luah aku luah kat diaa haha. aku dengan jann bab kenakan bella dengan sal memang no 1 hahaa.


haaa diorang ni semua bakal cikgu suatu hari nanti huhuhu insyaAllah . Haa sorry ye korang aku takleh nak transfer gambar bilik tu ke laptop. tapi insyaAllah next entry aku tunjuk bilik aku okayy ? okayy see yaaa for the next entryy. banyak lagi aku nak throwback sepanjang sem1 ni . okayy bye byeee .



No comments:

Post a Comment