January 14, 2016

LIFE SEBAGAI MAHASISWA 2

Haii ,  macam yang aku janji haritu yang aku nak sambung entry aku kan? aku janji nak entry malam esok tu tapi yelahh aku hanya mampu rancang tapi Allah yang tentukan. Dibuatnya semua family aku demam panas sangatt . Anak sedara aku dua orang tu dengan abang, kak ipar aku, mak ayah aku pun demam panas sangat sampai mak aku takleh nak bangun.

Cuma aku dengan abang aku (peli) tu je yang tak demam tapi aku la yang kesana kesini uruskan diorangg sebab peli busy dengan keje. Lepas bawak anak sedara g klinik, hantar mak pulak, nasib baik ayah abang dah hantar pagi tu kalau tak mau pengsan aku sebab aku penat gilerr. Haaa act ade panjang lagi cite dia tapi nanti aku sambung lain kali. Aku nak habiskan entry lepas yang aku janji haritu. Haishh baru permulaan dah panjang lebar dah hm sabo jelahh.

Haaa okayyy haritu aku janji nak tunjuk gambar bilik aku kan ? sebab haritu fon aku ade problem nak transfer ke laptop . Haaaa ni laa Bilikku Syurgaku hahahaha





haaaa tu gambar bilik aku , bilik kami ni ade 6 orang termasuk aku. Actually ni bilik kedua kami haaa bilik kedua ni sebabnyaa kami pindah bilik sebab haritu kecoh pasal ade orang skodeng budak groundfloor sebab kat bilik aku ni mengadap bangunan belakang then belakang tu takde pagar so senang la jantan2 gatal datang ngintai. Nak tutup tingkap takleh sebab panas, so disebabkan benda tu semakin kerap so pihak asrama arahkan untuk naik tingkat 2. Agak penat jugak sebab kena cuci balik bilik then ubah kedudukan katil biar nampak lagi luas. Yang bestnyaaa kitorang batch pertama rasmi blok ni yeayyy. hahaha sebab blok ni blok baru so semua barang baru. Yang tingkat 2 ni bilik sejuk sikit boleh buka tingkap. Tapi sedihnyaa tak sampai seminggu kami kena pindah bawah balik huhhh penat gilaaa dhlaaa barang pompuan kan biasalaaa macam tak kenal. Diorang bawak barang macam bawa satu rumah ayoyoyo. 

Disebabkan budak laki akan duduk 2nd floor, kitorang kena pindah bilik asal kat bawah balik. Tapi yang syok nyaaa kitorang akan duduk bilik aircond bermula sem2 ni hihihi. Tapi adik-2 yang nak masuk KPTM tu jangan risau sekarang ni dah selamat dah, pihak kolej dah letak pagar dah insyaAllah takde dah kejadian yang tak diingini. 

Haaa ni nak masuk bab makanan pulak, kolej aku ni tak macam uni lain or tempat lain yang ade cafe besar gila tu. Takde takde, kolej kami cuma ada warung je. Mula2 masuk tu konfius jugak nak makan apelaa dah la warung tu buka sampai petang je, takkan nak makan kat TESCO hari-2. Mau botakkk kitorangg. Haaa yang ni special KPTM. Malam-2 aku dengan roommate aku selalu tempah makanan dekat pakcik kat stesen bas. Yelahhh KPTMKB kan depan stesen bas je, haaaade satu kedai pakcik ni memang makanan dia emphhhh !!!! tiptop !! lagi-2 Nasi Lauk Ayam Cili Padi, perghhh aku hari-2 order benda tu memang tak puas, Memang kitorang selalu order je, nanti lepas maghrib ke isyak ke sampai ah depan asrama haha kira memang masuk laaa dengan budak bilik aku ni jenis tak suka keluar merayap. 

Aipppp aippp, haaa nak risau la tu takut takleh nak makan kan? Haaa adik-2 jangan risau and tak perlu risau sebab kedai makan kat area KPTM tu dah banyak yang baru buka, Restoran Scha Al-Yahya, D'selera, haaa ade lagi kedai baru bukakk. Aku pun tak ingat dah nama kedai ape yang pasti korang jangan risau la korang takkan kebulur, lagi-2 Aeon baru nak bukak kan? haaa lagilahh syok lepastu kat sebelah kanan kolej kitorang akan dibuka PLATINUM MALL, Haaa kanan kiri depan belakang semua ade, tak sampai 5minit jalan kaki dah sampai , kena lintas jalan je. 

Lepastu ade banyak lagi kedai makan korang jangan risau, ade kedai Nasi Kukus Zaeman hmm yang ni memang ramai gilaa beratur sampai kebawah orang beratur, Meja kedai dia memang tak pernah tak penuhh/kadang-2 sampai takde tempat, memang sedap !bagi aku ayam dia sedapp . Haa lepastu ade kedai Pak Din, Maheran Laksaa, Sireh kopitiam, Nasi ayam Muaalaf haaaa pokoknyaaa emang banyak bangett dih kalau tak takdenyee kitorang ni semakin gemuk. Memang selalu makan sedappp huhuh. 

Every weekend pulak, aku dengan budak bilik aku selalu keluar, kitorang selalu sewa kereta hmm selalu sewa viva, myvi takpun saga. Haaa korang takyah risau, dekat area tu banyak syarikat yang boleh sewa kereta. Untuk student memang dia bagi murah haha aku semua abang-2 sewa kereta aku kenal hahah tak mahal pun dalam RM21 minimum 3JAM, korang share la duit dengan kawan haaa tapi depends la kereta apa korang sewa sbb setiap kereta tu harga lain. So sebab setiap minggu kitorang sewa kereta kitorang selalu keluar malam laa lepas maghrib kadang-2 maghrib kat luar tengok atas jadual masing-2 la abis pukul berapa haa tapi kitorang tak overnight pun, kitorang balik sebelum pukul11, takde pergi kat tempat mengarut pun, selalu keluar makan je cari kedai makan yang kitorang tak pernah pergi so try llaaa haaa. 

Ni akak nak pesan, kena pandai bawak diri laa duk sana, kena pandai jaga diri. Sebab kat sana apa kita buat mak ayah kita tak nampak so suka hati korang laa korang nak buat ape pun takde sape halang, Haaa takleh macam tu, Kat sana laa kena betul-2 pilih kawan yang baik, jangan mudah ikut kawan. Sebab ade sesetengah tu yang mula2 masuk pakai kemain labuh tapi bila dah lama-2 freehair dah em kesian pun ade. So atas diri kita sendiri laa, even mak ayah tak nampak tapi korang kena ingat. Kat atas sana tu tahu semua yang kita buat. Kalau nak buat jahat ke buat maksiat ke, sebelum buat tu ingat laa kat mak ayah kat kampung tu hantar kau pergi belajar bagi duit belanja letih mak ayah cari duit kat kampung ehh kau kat sini keluar kehulu kehilir dengan jantan pukul 2 3 pagi baru balik. Kesian la sikit. Dah besar kan? Bukan kat kolej aku je, kat semua tempat sekali pun semua sama, so kena pandai la bawak diri. Bila kita dah masuk U ni , dah jauh dari mak ayah , Al Quran jangan sesekali kau tinggal. Aishh banyak pulak membebel, bukan ape, aku cakap ni pun sebab aku nak ingatkan diri aku jugak. 

Sebenarnyaa ade banyak lagi nak cerita tapi mata ni dah mengantok dah insyaAllah lain hari pulak ye. haaa btw 17/1/16 ni aku dah start daftar sem2, huhuuh dah letih dah mereput kat rumah ni dah dekat 2bulan dahhh tak sabar nak jumpa roommate balik start study balik. Btw sorry terlambat post entry ni sebab tak sempat lepastu memang takde mood nak tulis. Sorry yeee. Okayy see u next time.



Haaa diorang ni laa roommate aku , hihi cun dakk? masa ni aku takde sebab aku tengah otw ambik diorang. tengah tunggu aku lah tuu huhu 


haaa yang bersiap tunggu aku tadi kitorang nak pergi sini laa, Pantai Cahaya Bulan.







No comments:

Post a Comment